Rabu, 29 Jun 2011

Oat Banana Blend.

Oat sangat baik untuk kesehatan jantung ,sayapun sudah mulai mengamalkan oat beberapa bulan yang lain. Alhamdulilah kolestrol dalam badan semakin menurut ,kadangka oat aku campurkan kedalam minuman terutama susu aku buat bubur atau cake,kali ini aku masukan oat buat minuman campur dengan pisang.

Resepi Oat Banana Blend
untuk 2 orang
Bahan-bahan
2 biji pisang ambon
6 sdm oat instant
2 sdm susu rendah lemak
1/2 sdt serbuk kayu manis
500 ml air

Cara memasak
1.Kupas dan potong pisang
2.masukan kedalam blender
3.tambahkan oat air serta  susu dan serbuk kayu manis blend hingga lembut.
4.tuangkan kedalam gelas dan tabur serbuk kayu manis.

Selasa, 28 Jun 2011

Donat Ubi kayu.

Nah satu lagi bahan dari ubi kali ini untuk membuat kue donat yang begitu lembut,dulu semasa saya kecil ibu saya selalu mengolah ubi menjadi macam-macam makanan  yang tak pernah kulupa adalah donat ubi,maklumlah dikampung ubi kan banyak ,mau membeliu bahan yang mahal-mahal tak mampu jadi bahan ubi dipelbagaikan menjadi makanan yang tak kalah menariknya dengan makanan lain.

Donat Ubi Kayu
Bahan-bahannya
400 gram ubi kayu diparut halus
400 gram tepung gandum
100 gram margarine
2 biji telur
11 gram yis
1/2 sdt baking powder
100 gram gula halus
50 gram susu tepung
150 ml air 1/2 sdt garam halus
Gula Icing untuk tabur

Cara membuatnya
1,Campurkan ubi dengan tepung dgandum,gula halus,baking powder,yis ,garam dan susu.
2.Masukan telur dan air sambil diuli  tambahkan margarine uli hingga berbentu adunan biarkan 60 mnit.
3.Potong dan timbang anggaran 50 gram bulatkan dan biarkan mengembang selama 30 menit.
4.Kempiskan masing-masing bulatan dan bentuk kembali bola-bola lubangi tengahnya dengan jari.
5.Panaskan minyak dan goreng hingga kuning.
6.Sejukan donat taburkan dengan gula icing.

Wadeh

Wadeh adalah kue khas kaum India dia terbuat dari kacang putih/ulunthu,ulunth ialah sejenis bahan utama dalam pembuatan tose,ada sesetengah memanggilnya donat india.Kue ini sangat lembut,sesuai untuk minuman petang. Dalam keluargaku  ada yang sangat meminati,setiap kali pergi pasar malam mesti membeli.nah kali ini aku belajar membuat sendiri,mula-mula tak jadi maklumlah namanya baru belajar,

Resepi Wadeh
bahan-bahannya
300 gram ulunthu direndam 2 jam
350 ml air
240 gram tepung gandum
1 cm halia dihalusakan
1 kiub ikan bilis
1/2 sdt bic of soda
2 sdt bawang besar dicincang
1 biji cili merah dan cili hijau dicincang
Minyak untuk menggoreng

Cara memasaknya
1.Ulunthu ditoskan dan diblender,masukan kesemua bahan dan perap selama 3 jam.
2.Adunan ini lembik untuk membentuknya,ambil 1 sdm penuh,letak diatas telapak tangan yang basah, Celup ibu jari dengan air dan buat lubang ditengahnya terus dimasukan kedalam kuali yang berisi minyak panas.
3.Goreng sehingga kekuningan..

Isnin, 27 Jun 2011

Pizza.

Pagi hari yang ceria ini sempena hari jadi anakku Zana aku mau masakan dia Pizza,masakan inilah yang paling dia suka berbanding kek,tapi hari ini aku bagi hadiah pizza dan sebuah kek yang sederhana.hari ini genap usianya yang ke 15 tahun uni dia akan menghadapi PMR semoga dia berjaya dalam pelajaran kali ini dan mendapatkan 8 A ya..itulah doa dari mamamu.

Resepi Pizza
Bahan kulit
200 gram pepung gandum berprotein tinggi
1 sdm gula
1 sdt garam
1 sdt yis kering rendam dengan 1/2 cawan air suam
100 ml air

1 sdm butter/minyak zitun/shorteng
1 sdm susu tepung

Untuk toping
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih cincang
2 ulas bawang merah dicincang
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lda benggala hijau
3 batang sosej potong
cendawan butang dipotong,
sos tomato,keju parut.
1 sdt serbuk lada hitam
Cara memasak inti
Tumis bawang besar ,bawang putib serta bawang merah hingga harum,masukan cendawan ,lada benggala merah dan hijau serbuk lada hitam hingga agak empuk terakhir ssij lalu angkat.

Untuk kulit
1.Campur kesemua bahan kulit dan uli hingga rata tutup dengan kain basah.
2.Apabila adunan sudah kembang tumbuk-tumbuk tipiskan aduanan setebal 0,5 cm.
3.Letak aduan pzza ke acuan serta cucuk-cuk dengan garpu, letak cili sos dan tabur dengan isi serta terakhir keju parut.
4.Bakar dalam oven dalam suhu 180 darjad selama 20 menit.



Ahad, 26 Jun 2011

Kue dadar ubi berinti sayur.

Kali ini ubi kupelbagaikan menjadi makanan yang lain daripada yang lain yaitu ubi dadar gulung dibuat inti dari sayur untuk mengubah dari inti kelapa jadi saya rasa tak membosankan disamping anak kita dapat mengkonsumsi sayur secara tak langsung, saya campurkan aneka sayuran seperti cendawan dan lobak merah.

REsepi Kue dadar ubi bersayur
Bahan kulit
1 kg ubi kayu diparut +1 sdm garam
Bahan ninti
300 gram daging ayam dicincang halus
1 bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 biji cili merah dibuang biji dicicang halus
1 bji carrod dipotong halas
100 gram cendawan dihiris halus
1 pokok daun bawang dicincang halu
1 pokok dau selederi dicincang halus
1 kiub pati ayam
1 sdm sos tiram,1 sdt gula
1 sdt serbuk lada hitam
Cara  memasak inti.
Tumis bawang besar,bawang putih hingga harum lalu masukan daging ayam,gaul hingga sebati.
Masukan sayur-sayuran serta bahan yang lainnya masak hingga empuk.

Cara membuat kulit
1.Didihkan periuk berserta penutupnya,apabila mendidih ambil penutup dan letakan bahan adunan,canai setipis mungkin.dan letak balik penutup periuk dengan kaedah terbalik/adunan berada dibawah penutup periuk.dalam masa 3 menit adunan akan masak.
2.Buat adunan seperti diatas hingga habis,
3,Ambil sekiping adunan isikan dengan bahan inti gulung ,seperti membiuat amplop.
4.taburkan dengan kicap manis serta bijan bakar.

Bahan tambahan
Kicap manis secukupnya
Bijan goreng tanpa minyak

Tahu bakar.

Biasanya kalau aku mau makan tahu bakar selalunya beli,tapi kali ini aku membuat sendiri setelah menongok di my resepi.terima kasih banyak atas berbagai aneka masakannya,Sedikit banyak menambah pengetahuan tentang pelbagai aneka masakan.

Resepi Masakan tahu Bakar
tahu Bakar
Bahan-bahannya
2 keping tauhu dibakar hingga masak dan potong kecil-kecil
100 gram taugeh dicelur
1/2 batang rimun dipotong halus
1/2 biji sengkuang potong halus,Kacang tanah goreng tumbuk kasar

Bahan sos
3 sdm lada giling,1 ulas bawang putih dititik,2 sdm gula merah
1 sdm gula pasir,3 sdm air asam jawa,sedikit garam,2 cawan air
Masak hingga mendidih dan agak pekat lau masukan 2 sdm bijan goreng tanpa minyak.Masak hingga kuah agak pekat.

Cara Penyediaan
Susun Tauhu,timun,taugeh ,sengkuang siram dengan sos dan taburkan kacang tanah,

Sabtu, 25 Jun 2011

Sate Kajang.

Sate Kajang adalah sate kesukaanku,dulu semasa aku duduk di kajang aku selalu makan sate ini,tapi sekarang aku duduk di Johor,rasa rindu sekali dengan sate Kajang disamping rasanya tak sama dengan sate yang lainnya.Sate kajang mempunyai rasa khas yang tak sama dengan satai lainnya, disamping kuah yang pekat dan cara ramuannya yang cukup.

Resepi  Sate kajang
Bahan-bahannya
1,5 kg daging ayam buang kulit dan potong kecil-kecil
Rempah yang dikisar
1 sdt jintan putih
1/2 sdtserbuk kayu manis
8 bawang merah
1 sdt ketumbar
2 1/2 cm kunyit hidup
2 sdm kacang tanah  goreng tanpa minyak
1 sdt gula.
Sate Kajang
garam secukupnya
1 batang serai dimemarkan
2 sdm minyak masak

cara memasaknya
1.Potong daging ayam  kecil-kecil campurkan dengan bumbu yang dikisar kecuali serai dan minyak.
2.Perap semalaman.lalu cocok dengan lidi 5 ketul daging,dan bakar dengan bara arang sambil direnjis dengan minyak serta menggunakan serai  yang dimemarkan  ,sambil dikipas bakar hingga sate masak.
3.Apabila sudah masak hidangkan bersama kuah kacang,ketupat ,timun serta bawang besar potong kalau suka.

Resepi Kuah kacang
300 gram kacang tanah goreng tanpa minyak lalu ditumbuk kasar
1 1/2 cm halia ditumbuk halus.
1 tangakai cili kering dikisar
2 batang serai dikisar halus
1 cawan gula
1 cawan air asam jawa
10 ulas bawang merah dipotong halus
Garam ,

Cara memasak kuah kacang
Goreng bawang merah hingga layu masukan bahan kisar kecuali kacang,lalu masukan air asam jawa,gula .garam dan kacang masak hingga kuah pekat,

Khamis, 23 Jun 2011

Muffin Pandan.

Untuk minum petang kali ini aku membuat muffin ,buat lebih sedikit sedikit  bolehlah untuk bekal sekolah.Pembuatan muffin ini sangat ringkas dan mudah,

Resepi muffin Pandan
200 gram tepung gandum
1/2 sdt soda borkabonat
1/2 sdt garam
120 gram gula halus
7 helai daun pandan+200ml santan diblender dan tapis
100 ml minyak jagung
2 biji telur.1/2 sdt essen vanila
Pewarna hijau

Bahan Toping
Kepinga almond/ kismis/ceri

Cara membuatnya
1.Ayak tepung,soda borkabonat dan garam ,masukan dalam mangkuk b esar.
2.campurkan gula halus dan kacau rata.
3.Campurkan semua bahan basah dan kering kaub balikan hingga rata.
4.isikan dalam paperliners dan taburkan kepingan almond diatasnya.
5.Bakar selam 20 menit.

Rabu, 22 Jun 2011

Makroni Schotel.

Resepi ini kiriman dari kawanku yang berada di tempat jauh,namanya cukup susah disebut tapi ternyata bahannya sangat senang didapat berkhasiat lagi.Aku sudah menobanya kata anakku rasanya boleh tahan
jadi manatahu ada yang berminat bolehlah dikongsi bersama.

Resepi Makroni Schotel


Bahan-bahannya
Macroni schotel
200 gram makroni direbus dengan sedikit garam masak hingga empuk dan toskan
200 gram daging ayam dipotong kecil rebus dengan garam dan toskan
5 butir telur
200 ml susu segar
1/2 sdt garam
1/2 sdt lada hitam
1/2 sdt pala serbuk
4 sdm tepung roti
3 sdm mentega

Cara memasak
1.Sapu dengan mentega dulang tahan panas,tuangkan selapis makroni diatasnya.
2.Tabur diatasnya keju paut dan ayam,lepehkan.
3.Buat selapis makoni lagi  dan tabur diatasnya keju parut dan ayam buat sampai habis
4.Kacau telur dan susu serta beri garam ,seerbuk lada hitam dan pala serbuk tuang keatasnya.
5.Tabur diatasnya dengan tepung roti beri mentega disekelilingnya.
6.Panggang hingga kekuningan.

Kue Sentiling.

Kue sentiling berasaskan ubi kayu sangat sesuai untuk minum petang ,kalau dikampungku dulu ada yang memanggil kue lapis singkong,bahkan ada yang memanggilnya kue megamendung.
Kue ini bahan-bahannya sangat ringkas dan mudah membuatnya.

Resepi kue Sentiling
 Bahan-bahannya
800 gram ubi kayu diparut
300 cc susu cair
1 bungkus serbuk agar-agar putih 
garam,vanili serta pewarna kue
Kelapa parut putih jika suka

cara membuatnya
1.campurkan ubi parut ,gula,serbuk agar-agar ,vanili dan garam kacau hingga rata.
2.Adunan dibagi menjadi dua dan diberi warna.
3.Sapukan loyang pengukus dengan sedikit minyak dan kukus adunan selapis demi selapis hingga kue masak.
4,Apabila sejuk potong dan golekan ke kelapa parut.

Selasa, 21 Jun 2011

Roti sobek ubi kayu.

Ubi..oh ubi,,memang ,makanan kesukaanku daripada kecil hingga sekarang,Maklumlah  wong ndeso biasa makan ubi tak habis-habis kalau zaman dulu makan ubi ramai-ramai,ingat semasa Sekolah dulu kan ada perkemahan sebelah ,malam sambil membuat api unggul sambil makan singkong bakar,Sampai saat ini tak akan kulupakan kenangan ini. Nah kali ini kupelbagikan menjadi roti.mau mrncoba yuk,

Resepi Roti Sobek

bahan-bahannya
400 gram tepung gandum
100 gram ubi kayu rebus dilenyekkan
1 butir telur
11 gram yis segera
200 ml susu cair
1/2 sdt garam
50 gram mentega

Untuk filing
1 kuning telur.3 sdm susu pekat,coklat rice.

Cara memasak
1.Campur tepung,ubi rebus dan telur tambahkan gula dan yis aduk rata.
2,Tuangkan susu sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi sebati dan rata.
3.Masukan garam dan mentega kacau hingga adunan tak melekat ditangan.
4.Biarkan adunan selama 30 menit.
5.Timbang adunan@50 gram bulatkan dan diamkan 45 menit.
6.Gilas adunan dan bulatkan kembali,laetak dalam loyang dan sapu mentega,biarkan selama 45 menit.
7.Panaskan oven dan oleskan roti dengan kuning telur ,susu pekat dan coklat rice.
8.Bakar selama 15 menit,

Sambal telur Tempoyak.

Seperti biasa aku memang tak makan makanan yang berminyak,Jadi menu tengah hari ini aku masak sambal telur tempoyak campur ikan bilis dan sayur rebus campur,Kena pula akhir-akhir ini cuaca panas terik.Aku suka masak masakan yang berebus sahaja.

Resepi sambal Telur Tempoyak
2 biji telur direbus
1 genggam ikan bilis
7 biji cili kering ditumbuk halus
2 ulas bawang putih tumbuk halus
5 ulas bawang merah ditumbuk halus
1 sdt garam
1 sdm tempoyak
1 sdt ajinomoto
1 keping asam keping 1 sdm gula
1 helai daun kunyit
1 cawan air

cara memasak
1.Didihkan air masukan kesemua bumbu hingga rata sambil dikacau-kacau.
2.Masukan ikan bilis dan telur yang direbus buang kulit dan dicucuk-cucuk dengan garpu.
3.Masak hingga kuah pekat baru diangkat.

Sayur campur
Bahan-bahan
1 batang lobak merah potong kecil
1 biji peria buang biji potong
100 gtram baby choy
7 biji kacabg botot
Bumbu-bumbu
1 biji bawang besar potong kasar
3 ulas bawang putih dittik
4 ulas bawang merah ditik
1 kiub pati ikan bilis
1 sdm sos tiram
2 cm halia diketuk
1 st garam
2 biji hot dog dipotong serong
1 biji fish cake potong serong
2 biji cili merah dibelah dua
1 liter air

Cara memasak
1.didihkan air dan masukan bumbu serta hot dog dan fish cake
2.Apabaila sudah sebati masukan kesemua sayur.
3.Masak hingga sayur empuk.

Isnin, 20 Jun 2011

Yong Tauhu

Tengah hari ini aku masak Yon Tauhu biasanya kalau nak makan Yong Tauhu aku beli saja sebab aku tak pandai membuatnya,setelah aku membaca dalam sebuah majalah rupanya senang saja.Cuma ada yang aku ganti sedikit bahan ,Bagi yang inging mencoba resepi ini,Nah ini resepinya.

Bahan-bahan
Sayuran aku menggunakan  baby choy
Telur puyuh dalam 15 biji
Fish cake
cili merah yang disumbat dengan tepung jagung dan daging ikan
Peria ynag diisi dengan tepung jagung dan daging ikan
tahu,bebola daging
Tambah kapsyen

Bahan Sup
1 1/2 liter air
2 kiub pati iakan bilis
1 sdm gula,4 ulas bawang putih dititik
3 cm halia ditik,sedikit ajinomoto
Jerang air masukan kesemua bahan sup hingga mendidih dan celurkan sekejap sunua bahan sayur .Lalu toskan dan masak lagi bahan sup dengan api kecil dalam masa 30 menit.

Untuk Sambal
8 biji cili merah buang biji dan goreng tanpa minyak
2 sdm bijan juga digoreng tanpa minyak,sedikit blacan
100 ml cuka, 1 sdm sos tiram
3 sdm gula melakamsedikit blacan.garam secukup rasa
1 sm terpung jagung.
Cara membuat sambal
Blender cili,bijan dan blacan hingga halus masukan cuka ,kicap manis dan sos tiram serta gula masak hingga mendidih lalu tambahkan ,gula dan garam.,masak hingga sbati dan tambahkan tepung jagung yang sudah dibancuh sedikit air.

Ahad, 19 Jun 2011

Menu Diet makan Tengah hari.

Menu hari ini aku ,masak daging ,tapi daging kali ini aku masak tanpa menggunakan santan  maupun minyak.Aku masak daging ini dengan kaedah rebus dengan campuran macam-macam perencah sekaligus ada sayur didalamnya,jadi  tah banyak kerenah,Manakala untuk anakku yang takut makan pedas daging kumasak dengan kicap campur sayur dan makroni.Aku beli daging setengah kilo aku rebus hingga empuk lalu aku bagi menjadi dua resepi.

Resepi Masak daging Merah bersayur
Bahan-bahan.

200 gram daging yang telah direbus empuk,
10 tangkai cili merah diblender
5 ulas bawang putih tumbuk halus
4 ulas bawang putih tumbuk halus
1/2 sdt serbuk lada hitam
1 biji peria katak dibuang biji potong serong.
1 biji kledek kuning
1 helai daun kunyit
2 helai daun salam
4 helai daun limau
2 cm lengkuas
1 cm halia tumbuk halus
1 keping asam keping
1 cm kunyit hidup ditumbuik halus
1 sdtm garam
1 sdt serbuk perasa
1 sdm gula.,air secukupnya
2 batang serai dimemasrkan,

Cara memasak
Daging masak merah bersayur,Daging masak kicap.

1,Rebuskan daging hingga empuk lalu masukan kesemua rempah yang ditumbuk halus dan juga cili blender.
2.Apabila sudah mendidih masukan daun kunyit,daun limau,asam keping serta serai masak hinnga sebati.
3.Apabila daging hampir kering masukan kledek dan peria katak dan garam .serbuk perasa dan gula,
4.Apabila sudah kering dan pekat tutup hidangkan dengan nasi panas.

Daging masak kicap
200 gram daging yang sudah diebus empuk
1/2 mangkukuk makroni
1 biji lobak merah dipotong
6 ulas bawang merah ditumbuk
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
1/2 sdt serbuk lada hitam
4 sdm kicap manis
1 sdm sos tiram
1 sdm garam
!/2 sdt serbuk perasa
2 helai daun salam
1 cm lengkuas
Air secukpnya.

Cara memasaknya
1.Didihkan air masukan daging dan semua bumbu hingga rata selama 15 menit/airnya agak kering.
2,Masukan  macroni dan lobak merah ,masak hingga agak kering.
3,Hidangkan bersama nasi panas.

Jumaat, 17 Jun 2011

Roti Yogurt berkismis

Malas nak membeli roti dikedai kebetulan pula banyak tepung dan ada sedikit balance yugurt ,akhirnya aku buat roti,nah alang-alang buata sarapan sekali.Disamping senang membuatnya dan berkhasiat lagi,Sekalian buat bekal sekolah,nah resepinya mudah sahaja.
Resepi Rti Yogurt
Bahan-bahannya
300 gram tepung berprotein tinggi
100 gram tepung gandum biasa
Roti Yogurt berkismis
20 gram susu tepung
75 gram gula pasir
8 gram yis segera
1 biji telur
50 gram yogurt
150 ml air sejuk
75 gram maegarine, 3 sdm susu pekat untuk disapukan ke roti.
1 sdt garam 50 gram kismis potong dan celur.

cara nenbuatnya
1.Campur tepung protein tinggi,tepung gandum,susu tepung,gula pasir dan yis kacau rata.
2.Masukan telur,yogurrt dan air sejuk sedikit demi sedikit hinnga tak melekat ditangan,lalu masukan margarine dan uli lagi,rehatkan selama 30 menit.
3.Kempiskan adunan dan uli rata, susun adunan setiap adunan 50 gram bentuk bulat,biarkan 10 menit.
4.Campurkan kismis dan uli sekali lagi ,bentuk sesuai yang kita inginkan ,biarakan selama 1 jam hingga kembang.
5,Sapu dengan susu pekat dan bakar selama 12 menit.

Puff Ayam.



Biasanya aku hanya tahu makan karipap saja ,sedangkan kalau puff aku beli pasal aku tak pandai membuat puff sendiri,Kali ini aku ada seorang kawan dia biasa menjual macam-macam kuih muih,dia kalau membuat puff memang pandai, aku belajar membuat dari kawanku,Memanglah tak sepandai kawanku itu ,tapi kalau setakat untuk makan sendiri kata anakku bolehlah daripada berbeli.


Resepi Puff isi Ayam


Bahan-bahan auntuk inti
50 gram buter,1 sdm tepung gandum
1 bawang besar potong dadau,2 biji ubi kentang potong dadu
2/3 ketul dada ayam potong kecil
1 biji lobak merah potong kecil
1 cawan susu segar
daun paseri dicincang
Garam dan lada hitam secukup rasa
Cara membuat initi
Panaskan buter masukan bawang besar tumis hingga wangi masukan ubi kentang,lobak merah dan susu.Masak hingga mendidih apabila empuk masukan garam dan lada hitam ,masak hingga ianya kering.

Untuk kulit
500 gram tepung berprotein tinggi
25 gram gula pasir,50 gram susu tepung
1/2 sdt garam,250 ml air sejuk.75 gram margarine
250 gram margarine korvet siap pakai
Cara membuat
1,Campurkan tepung,gul dan susu tepung,tambahkan sedikit demi sedikit air terakhir masukan margarne uli hingga menjadi doh yang kalis,bagi korvet 3 bagian.
2,Gilas adunan setebal 1/2 cm,beri satu bagian pada 2/3 bagian adunan yang sudah ditipiskan,tutup menjadi 3 lapisan.
3,Sejukan dalam peti ais selama 20 menit
4.Ulangi langkah 2 dan 3 hingga korvet habis ,tipiskan setebal 1/2 cm.
5.Bentuk adunan sesuai selera kita dan masukan inti .
6.Sapukan dengan kuning telur dan bakar sealama 20 menit.

Kek Ubi Kayu

Nah kali ini aku masak untuk minum petang kek ubi kayu,buat makanan untuk anak-anak yang simple dan sederhana saja ,maklumlah dibelakang rumah banyak .Lagipun ubi kayu senang dipelbagaikan ,manakala daunnya boleh untuk buat sayur,Cara menanam ubipun senang boleh tumbuh dimana saja.
Resepi kek Ubi kayu
Kek Ubi Kayu
Bahan-bahannya
Bahan A
3 butir telur
85 gram gula halus
1sdt ovalate
1 sdt esen vanila
Bahan B
350 gram ubi kayu parut
25 cc santan pekat
1 sdt gram
Cara memasak
1.Campur bahan A dan bahan B ,kacau hingga rata dan sebatui.
2.Panaskan ove masukan dalam acuan bakar selama 45 menit.
3,Apabila sejuk dan potong.

Khamis, 16 Jun 2011

Muffin Nangka,

Nangka selain untuk buat campuran dalam minuman serta untuk campuran pengat sedap jga kalau dibuat muffin ,Manakala yang muda boleh dibuat sayur,kali ini nanaka yang sudah tua dibuat muffin.
Reserpi muffin nangka
Bahan-bahannya
100 gram mentega
2 biji telur
75 gram gula pasir
(175 gram tepung gandum+1/2 sdt baking powder) diayak
80 ml susu segar
1/2 sdt esen vanila
100 gram nangka yang sudah tua/masak dicincang halus
Cara memasak
1.Putar mentega dan gula hingga putih,lalu masukan telur dan putar hingga sebati.
2,Masukan tepung berselang seli dengan susu segar kacau rata.
3.Masukan esen vanila dan nangka yang telah dipotong.
4.Bakar dalam acuan muffin selama 25 menit,

Rabu, 15 Jun 2011

Muffin Tape ubi.

wah ubi lagi itu kata anakku yang keci ,kalau aku rebus saja dia tak seberapa minat .Nah kali ini aku pelbagaikan menjadi makanan yang lebih menarik ialah muffi ubi dihias dengan coklat cip,Sekali buat nah licin habis,akhirnya aku buat lagi kali ini lebih dan siap dibawa untuk bekal sekolah.
Resepi Muffin tapai ubi
Muffin tapai,
Bahan-bahannya
200 gram margarine
150 gram gula halus
4 biji telur
300 gram taapi ubi dibuan seratnya dan dihaluskan
150 gram tepung gandum
60 ml santan


Cara memasaknya
1.Panaskan oven terlebih dahulu.
2,Pukul gula dan mentega hingga kembang lalu masukan telur satu persatu kacau hingga sebati.
3,Masukan tepung ,ubi dan santan kacau hinnga rata'
4, Masukan dalam acuan muffin,
5,Bakar selama 20 menit /hingga muffin masak.

menu diet Tengah Hari.

Tengah hari ini aku mau masak tomyam sayur,maklumlah cuaca panas sekali hari ini.Jadi aku masak tom yam sayur campur ala kampung,sayurannya kali ini dari pada lobak merah,.betik muda,brokoli manakala aku buat sambal tempoyak udang campur tempe,manakala hari ini aku menggunakan pencuci mulut,getuk goreng sosej/hot dog.
tom yam campur, getuk goreng  hot doh,,udang goreng tepung .
Resepi tomyam Sayur campur
Bahan-bahannya
100 gram daging drebus empuk
50 gram udang
1 labu bawang besar, 6 biji cili padi
1 packet perencah tomyam
3 ulas bawang pitih tumbuk halus
3 ulas bawang merah kecil tumbuk halus
2 batang serai,5 helai daun limau,2 biji limau
garam secukup rasa
sayuran betik muda ,lobak merah,brokoli
Air secukupnya
Cara memasaknya
1.Masak air hingga mendidih masukan perencah tomyam,bawang merah,bawang putih,limau yang sudah dipeah airnya daun limau ,serai ,daging,iudang hingga mendidih.
2,kemudian masukan sayuran dan tambahkan cili padi.
Sambal udang masak tempoyak
1 mangkuk udang ,1 keping tempe potong besar
2 sdm tempoyak, 1 helai daun kunyit,garam secukup rasa,air 1cawan

Bumbu halus
3 ulas bawang merah,2 bawang putih,1 cm kunyit ,1 cm halia.
Cara memasak
Didihkan air masukan kesemua bumbu halu,tempoyak,daun kunyi,garam hingga mendidih.Lau masukan udang dan tempe masak hingga kering.

Getuk goreng Sosij
Seperti membuat getuk biasa cuma diisi dengan sosij,tapi sosijnya digoreng telebih dahulu.
Lalu digoreng menggunakan tepung beras campur tepung ubi,

Selasa, 14 Jun 2011

Kek Gulung Keledek

Kali ini aku buat kek dari pada bahan keledek,keledek ada berbagai jenis warna ,Ada yang warnanya puti,kuning,oren .Ada juga  yang jenisnya kecil ,bila kecil rasanya biasanya lemak manis.tapi kalau nak untuk membuat kue biasanya menggunakan yang jenis besar,nah kali ini aku menggunakan yang jenis kecil,
Resepi kek Gulung keledek
Baha-bahannya
100 ml susu cair
100 gram keledek yang berwarna ungu rebus dan haluskan
Kek keledek gulung
50 gram minyak masak
100 gram tepung gandum
1/2 sdt baking powdwe
75 gram gula pasir
3 kuning telur
200 gram putih telur
100 gram gula pasir
Sedikit pewarna ungu
Inti :Serikaya/ jem nenas/jem straberi.
cara memasak
1.Siapkan loyang ukuran 28x28x3 cm sapu dengan kertas roti  dan sapukan dengan mentega.
2.masukan susu cair,ubi dan lenyek lau blender hingga halus.
3.Campur tepung gandum,baking powder dan gula pasir kacau rata,lalu masukan kuning telur aduk rata.
4.Pukul putih telur dan cream of tartar hingga mengembang masukan gula kacau.\
5.Masukan campuran tepung kedalam putih telur dan tambahkan pewarna ungu.
6.Tuang keloyang dan bakar hingga masak,biarkan kek diatas kertas roti.
7.Sapukan dengan Serikaya/jem nenas/jem strawberi.gulung hingga padat.
8.Bila nak makan baru dipotong

Soto Daging.

Pagi ini aku masak soto daging ,sebagai menu diet pagiku,Aku masak soto ini tanpa menggunakan minyak,biasanya semua bumbu digoreng kali ini aku rebus dan bakar sahaja,Bagi yang tengah berdiet bagus juga mencoba resepi Soto ini.
Resepi Sate Daging
Bahan-bahan
1/2 kg daging dibuang lemaknya dan rebus hingga empuk,airnya jangan dibuang
Bumbu halus
5 ulas bawang merah,4 ulas bawang putih
3 butir buah keras
1 dm ketumbar
1 sdt jintan manis
2 cm halia,2 cm lengkuas
1 sdt lada hitam,garam  dan serbuk perasa secukup rasa
Rempah lain
3 helai daun salam ,5 helai daun limau purut
1 cm kayu manis ,2 kuntum bunga lawang,3 batang serai dimemarkan.
Untuk sambal
6 biji cili merah.3 biji cili padi ,2 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih direbus.
lau ditumbuk hingga lumat tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa.
Bahan Pelengkap
Taugeh,daun bawang ,daun sup,lontong dan telur rebus.

Cara memasak
1.Daging diptong tipis dan direbus bersama rempah yang dihakuskan lalu ditoskan.
2.Air rebusan daging tadi dimasak lagi campurkan ndaun limau,daun salam ,serai,kayu ,manis dan bunga lawang,kacau hingga sebati.
3.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.
4 daging yang seudah ditoskan tadi dibakar dalam oven selam 5 menit.
5,Hidangkan bersama kuah dan bahan pelengkap.

Isnin, 13 Jun 2011

Menu Diet makan Tengah hari.

Tengah hari ini menu dietku lain sedikit ,yaitu aku mask sambal tempe terung tempoyak.Biasanya tempe selagi diet ini aku masak cara rabes campur rempah kalau orang jawa cakap masak bacem.atau dibakar.Hari ini aku masak sup sayur campur,sambal tempe terung tempoyak dan buah pisang,
Resepi sambal tempe terung tempoyak
Bahan-bahannya
2 keping tempe dipotong besar
1 biji terung warna ungu dibuang kulit potong serong
10 biji cili padi merah tumbuk halus
3 ulas bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih dihtumbuk halus
2 sdm tempoyak
1 helai daun kunyit
1 cm kunyit hidup ditumbuk halus
1 sdt garam,1 sdm gula
200 ml air

Cara memasak
1.Didihkan air masukan bumbu yang ditumbuk halus bersama daun kunyit,tempoyak garam dan gula.
2.Apabila sudah mendidih masukan tempe yang sudah dipotong dan terung.
3.Masak hingga agak kering ,

Sup Sayur campur
Bahan-bahan
150 gram brakoli.100 gram kubis bunga
1 keping fish cake,50 gram lobak merah
1 biji bawang besar,3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah,5 biji cili padi dibelah
1 kiub pati ayam
1 biji tomato
500 ml air

cara memasak
1.Didihkan air masukan bawang merah,bawang putih ,cili yang telah dipotong.
2.Apabila mendidih masukan fish cake ,kiub pati ayam beserta sayuran.
3.Masak hingga empuk dan siap dihidang,

Ahad, 12 Jun 2011

Mie Rebus

Sesekali sebelah pagi ini aku sarapan mie,biasanya bubur,biskut,roti ataupun kue.Kali ini aku membuat sarapan pagi Mie Rebus ala jawa.Resepi mie rebus ala jawa ada kelebihannya ada daun salam  daging dan dicampur dengan buah keras. Nah resepi mie Rebusnya.

Bahan-bahannya
1 kg daging dipotong kecil-kecil  lalu rebus hingga empuk airnya jangan dibuang
1 kg mie kuning,1 manguk udang.
100 gram taugeh dicelur
limau kasturi,daun sup secukupnya
daun bawang secukupnya,3 cm kayu manis,2 kuntum bunga lawang.
2 batang serai
4 biji telur rebus
2 keping tahu digoreng dan potong kecil
Rempah yang dihaluskan
8 bawang merah
5 bawang putih
3 butir buah  keras
2 sdm cili kisar.
2 sdm rempah kari ikan
4 helai daun salam
garam scukup rasa,3 biji kentang rebus dihaluskan.
1/4 buku gula melaka potong halus
2 sdm minyak
Cara memasaknya
1.Panaskan minyak tumiskan serai kau manis bunga lawang serta bumbu yang dihaluskan serta rempah kari..
2,lalu masukan ,daging,daun salam berserta air rebusan daging.
3,masukan kentang yang telah dihaluskan tambahkan garam,serbuk perasa masak hingga mendidih dan pekat;
4Hidangkan mie bersama ,taugeh,telur ,tahu,daun sup ,daun bawang
5.Makan selagi panas.,


Sabtu, 11 Jun 2011

Menu Diet makan Tengah hari.

Tengah hari ini hujan begitu lebat disertai angin yang cukup kencang, semua pokok didepan rumahku bergoyang seakan nak tumbang ,nak keluar pun takut.Nah nasib baik semalam ada balance ikan yang belum dimasak ,akhirnya aku masak ikan yang simple saja.Aku masak ikan patin campur peria katak.


Resepi ikan Patin masak tempoyak campur Peria.

Bahan-bahan
500 gram ikan patin
2 biji limau
15 biji cili padi merah tumbuk halus
2 cm kunyit hidup tumbuk halus
6 biji bawang merah tumbuk halus
4 biji bawang putih tumbuk halus
1 sdm garam
3 sdm tempoyak
1 helai daun kunyit
2 batai serai dimemarkan
3 biji peria katak belah buang biji potong dua
1 sdt serbuk perasa
1 sdt gula
1 liter air.

Cara memasaknya
1.Perap ikan dengan yang sudah dibersihkan dengan air limau selama 15 menit,lalu bilas balik.
2.Didihkan air kedalam kuali lalu masukan kesemua bumbu hingga menggeledak.
3.Masukan ikan dan peria masak hingga kuah pekat ,nah dihidangkan dengan nasi panas.

Jumaat, 10 Jun 2011

Tiwul.

Tiwul adalah sejenis makanan yang berasaskan ubi,makanan ini kebanyakan senang didapati didaerah pedesaan,inilah makananku semasa kecil sebagai pengganti nasi,maklumlah dikampung banyak pokok ubi.Hingga saat ini aku kadang-kadang masak tiwul,kita kena ingat semasa kita susah,kena pula  harga ubi kan murah begitu juga tepungnya.nah anakkupun menyukainya maklumlah kolestrol rendah.
Tiwul
Resepi Tiwul
bahan-bahannya
300 gram tepung ubi
75 ml air
2 helai daun pandan
100 gram gula merah
bahan filling
Kelapa parut putih
Garam,

cara membuat
1.Taruh tepung ubi diatas tampi,percikan air sambil dikacau hingga adunan seperti pasir sisihkan.
2.Panaskan kukusan dan kukus adunan selama 60 menit.
3.Kukus kelapa parut dan garam selama 15 menit angkat.
4.Hidangkan tiwul semasa panas ,


Cenil.

Cenil adalah makanan yang berasal dari daerah Jawa Tengah,,ia terbuat dari pada tepung ubi dicampur gula.Disamping rasanya manis bak kata orang jawa kenyil-kenyil .Dulu sewaktu aku masih kecil aku selalu menemani ibu belanja kepasar jajan ini tak pernah tertinggal disamping ciwel.Semasa kecilku dulu aku suka sekali makan getuk lindri ,ciwel,geblek,gembus maklumlah wong ndesa,yang aku rindukan sekali adalah makanan yang namanya intil yaitu dari gaplek ditumbuk seperti beras lalu dikukus biasanya dimakan dengan urap.maklumlah jaman peceklik,Inilah makanan sehari-harinya.Inilah kenanganku semasa kecil.Buat anak-anakku aku lapirkan gambar kesukaan makanan ibu semasa kecil ya,kalau di Malaysia makanan ini nggak ada,sekurang-kurangnya kalian sedikit sebanyak mengenalnya,kali ini ibu mau membautkan Resepi yang mudah senang dan ringkas buat teman minuma petang kalian.
Golak

Resepi Cenil
cenil.
bahan-bahannya
500 gram tepung ubi
250 ml air panas
pewarna merah kuning,hijau
1/2 sdt garam
1/2 butir kelapa parut putih

Kincau
Gembus.
250 gram gula merah
250 ml air
1/2 sdt garam

Cara memasak
1.Campur kelapa parut dan garam kukus selama 15 menit.
2.Rebus semua bahan kicu lalu tapis.
3.Campur tepung ,air panas dan uli hingga menjadi doh yang boleh dibentuk,adunan dibagi 3 beri warna.
4,Didihkan air secukupnya,cubit aduan sedikit ditangan bentukkan seperti  bentuk yang kita sukai ,masukan ke air mendidih hingga terapung.lalu angkat dan rendam dalam air sejuk masak.
5.Campur kelapa parut ,kacau hingga rata.bubuh gula kincau.

Khamis, 9 Jun 2011

Kue Apam keladi.

Keladi biasanya orang untuk membuat pengat atau rebus untuk buat getuk  untuk sarapan pagi ,maklumlah dikapung dulu.nah sekarang keladi diolah mnjadi berbagai makanan , yang sangat menarik.Ada keladi untuk membuat ice cream .Lagipun keladi senang didapat,kali ini keladi aku olah menjadi kue apam.
Nah resepi Kue apam keladi.
Bahan-bahannya
Bahan A
200 gram tepung gandum
35 ml air suam
1 sdt yis
Bahan B
100 gram gula pasir
150 gram keladi dikukus dan dilenyek
1 biji telur
130 gram tepung gandum

Cara membuat
1.Bahan A kacau rata tepung bersama yis dan air ,biarkan 30 menit.
2.Campur bahan B gaul hingga rata (gula +keladi) hingga hancur.
3.Masukan telur dan bahan A,masukan tepung berselang seli dengan santan dan garam.
4.Tuang baki santan sedikit demi sedikit pukul sekejap.
5.Panaskan acuan mufin denga sedikit minyak kukus selama 10 menit ,tuang adunan kedalam acuan setinggi acuan lalu kukus selama 20 menit.

Rabu, 8 Jun 2011

Cekodok Pisang.

Dua hari yang lalu aku pergi pasar beli pisang kapas masih hijau tapi sudah agak tua aku masak gulai pisang, bakinya aku simpan aku nak masak gulai lagi dalam masa 3 hari lagi sengaja aku tak kasih habis sebab masakan bersantan kurang minat sangat jadi pisang itu kubagi dua .Sekali aku nak masak gulai lagi rupa-rupanya pisangnya sudah masak akhirnta aku buatkan cekodok untuk minum petang.

Resepi cekodok pisang
Bahan-bahannya
10 biji pisang kapas
1 1/cawan tepung gandum
1/2 sdt soda borkabonat
1 sdt garam
2/1/2 sdm gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1.masukan kesemua bahan kacau rata hingga sebati, biarkan selama 15 menit.
2.Panaskan minyak sudukan  adunan dan goreng hingga kekuningan.
3.Boleh untuk teman minum petang atau sarapan pagi.

Nasi Beriani.

Nasi ini sangat sedap nasi beriani ini ada berbagai macam jenis ada nasi beriani gam ada nasi beriani yang dimakan dengan acar,ayam masak merah ,serta ada yang dimakan dengan gulai daging kambing.
Bahan-bahan
1 kg basmati
air secukupnya untuk masak nasi
5oo gram daging kambing dipotong kiub 2cm
Air secukupnya untuk masak daging hingga empuk
250 gram mentega
125 ml susu cair
1/2 sdt garam
1 biji bawang besar dihiris
3 uls bawang putih+1 cm halia ditumbuk
60 gram kismis,80 gram kacang gajus
4 sdm bawang goreng

Bahan A
8 biji lada putih,6 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis,4 buah biji buah pelaga

cara membuat
1.Beras dibasuh dan direndam selama 15 menit .Toskan.
2.Panaskan mentega dalam periuk tumis bawang besar dan bahan A
3.Masukan bawang putih,lada ,garam dan halia kacau rata masukan daging kambing.
4.Tuangkan air dan biarkan mendidih selama 30 menit, kuahnya hendaklah agakm kering dan daging empuk.
5.Kemudian tuangkan beras,susu dan air masak hingga kering.
6.Kacau nasi dan taburkan kacang ,bawang goreng serta kismis,tutup periuk dan masak selama 3 mnit.

Selasa, 7 Jun 2011

Bingka Sukun.

Kali ini tempat sukun banyak sekali murah dan tak habis kalau dimakan ada yangtua sekali bahkan lembek jadi daripada membazir lebih baik aku masak buat bingka .
Resepi Bingka Sukun
Bahan-bahannya
21/2 cawan isi sukun
2 butir telur,sedikit bijan
2 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan
1 cawan gula pasir
1sdt esen vanila
Sedikit margarine

Cara memasaknya
1.Blender kesemua bahan-bahan diatas hingga rata.
2.Sapukan acuan dengan margarine,tuangkan  bahan yang sudah diblender tadi.
3.Taburkan bijan diatas adunan dan bakar selama 1 jam /kue masak.

Menu diet Tengah hari.

Tengah hari yang panas ini aku masak sayur rebus sahaja lauk tempe goreng serta sambal ikan sahaja ,sedangkan buah kali ini aku makan manggo, dan minum teh hijau. Sayur kali ini aku rebus kubis panjang,lobak merah dan perencah Fish cake.Memang akhir-akhir ini aku sudah mengurangkan berat badan dengan cara ini.

Resepi Sayur Rebus Kubis panjang
Bahan-bahannya
100 gram kubis pnjang dipotong
50 gram lobak merah potong serong
50 gram fish Cake dipotong serong
1 biji bwang besar potong halus
2 ulas bawang merah potong halus
3 ulas bawang putih potong halus
1 kiub perecah ikan bilis
1 helai daun kunyit
1 biji cili merah
3 biji cili padi
2 helai daun salam
1 cm halia dihiris halus
200 ml air

Cara memasak
1.Masak air hingga mendidih lalu masukan bumbu yang dipotong halus,daun kunyit ,daun salam serta kiub ikan bilis.
2.Apabila sudah sebati masukan fish cake dan sayuran,
3.Biarkan sayur masak seketika lalu keluarkan daun salam dan daun kunyit.
4.Sayur siap dihidangkan.

Sambal Udang Petai.

Petai  adalah kesukaanku kadang kala buat ulam makan mentah ,bagi yang giginya sudah hilang satu persatu kebanyakan direbus.tapi sesetengah orang petai dijadikan bahan perencah untuk sayur terutama bila kita nak memasak lemak.kali ini aku nak campurkan kedalam udang dibuat sambal.Sambal udang kali ini udang perpaduan maklumlah dalam satu rumahku dari lain suku,tapi walau bagimanapun soal makan tak kesah sangat .
kalau orang jawa tak tertinggal daun salam manakala orang minang tak tertinggal daun kunyit.

Nah Resepi Sambal Udang
Bahan-bahan
500 gram udang buang kulit
2 bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
5 tangkai cili kering dikisar
5 tangkai cili merah dikisar
200 gram petai dikopek
1 helai daun kunyit,100 ml air
2 helai daun salam
2 helai daun limau
Garam dan gula secukup rasa
2 sdm minyak untuk menumis

Cara memasak
1.Tumis bahan kisar hingga naik bau,lalu masukan daun limau,daun kunyit,dan daun salam,kacau hingga sebati.
2,Masukan udang dan petai tambahkan sedikit air,kacau lagi hingga sebati.
3.Perasakan dengan garam dan gula.apabila sambal sudah kering,angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
4.Sebelum dihidangkan keluarkan daun salam,daun kunyit serta daun limau.

Biskut Mentega.

Aku kali ini membuat biskut Mentega,maklumlah cuti sekolah anak-anak suka makan daripada berbeli ,sambil mengajar anak membuat biskut ,lagipun biskut ini tak banyak kerenah ,sedap pula tu,,kata anakku warnanya boleh tahan juga,Nah besok raya bolehlah buat lebih kan banyak kawan-kawan dia datang.

Resepi Biskut mentega
500 gram tepung gandum
350 gram mentega
200 gram gula aising
100 gram telur
75 gram tepung jagung
1 sdt esen vanila
Cili merah dibelah dua

Cara memasak
1.Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.Masukan telur,esen vanila dan pukul hingga kembang.
2,Kemudian masukan tepung gandum dan tepung jagung.Uli adunan hingga sebati.
3.Masukan adunan kedalam acuan dan tekankan diatas dulang pembakar.Bubuhkan ceri diatasnya.
4.bakar dalam ketukar dengan suhu 180 darjad hingga masak.

Sandwich Tuna.

Sarapan pagiku kali ini Roti  Sanwich dengan tuna mayonis,makanan ini aku temankan dengan susu rendah lemak dan  kentang goreng.Resepi mudah dan ringkas maklumlah kalau pagi masa tak begitu banyak.

Resepi Sanwich Tuna
80 gram ikan tuan
50 gram kentang  goreng
50 gram timun potong nipis
5 gram daun salad
4 keping roti
1 biji tomato potong nipis
1 sdm mayonis

cara membuat
1.Campurkan tuna dengan mayonis gaul hingga sebati,sapukan tuna diatas permukaan roti,
2.Akhir sekali susun timun,tomato,salad dan diats tuna,lapiskan atas roti,
3.Untuk hidangan hiaskan dengan kentang goreng,salad,dan mayonis mengikut cita rasa masing-masing.

Isnin, 6 Jun 2011

Ketupat Tahu.

Ketupat tahu ini makanan kesukaanku semasa kecil,seperti kebiasaan setiap hari raya ibu dan bapakku selalu membuat  ketupat,maklumlah dikampung makanan sentiasa banyak sebab tradisi kunjung mengunjung tak pernah pupus.Hingga saat ini dingatku masih segar,setiap berkunjung kerumah tetangga mesti bawa apa yang kita masak dari rumah..Kadang kala ada yang bawa lontong ,opor ayam,,lemper. Tapi orang dulu-dulu kalau buat lontong tahan sampai 3 atau 4 hari.Nah seperti kebiasaan kalau sudah hari ke tiga makanan yang bersantan sudah ludes,jadi tinggal lontong nya saja .Jadi ibuku selalu dibuatnya  ketupat tahu.
Nah bagi yang ingin mencobanya ini Resepi.
Bahan-bahannya
1 biji lontong sederhana/3 buah ketupat
4 potong tahu dipotong dan goreng
1 helai kubis dihiris tipis
75 gram taugeh
2 sdm bawang goreng
300 ml air
100 gram kacang tanah goerng tumbuk kasar
Kerupuk bila suka
Daun selederi ditong halus

Bumbu
10 cili padi merah
3 ulas bawang putih
garam secukup rasa
Kicap manis

Cara memasaknya
1.Goreng cili padi dan bawang putih lalu haluskan.
2.Tambahkan kacang tanah ,garam, lalu letakan atas pinggan.
3.Masukan hirisan ketupat,tahu goreng,kubis, taugeh,lau taburkan bawang goreng,daun sederi.
4.Tambahkan kicap manis diatasnya.Hidangkan bersama kerupuk.

Ahad, 5 Jun 2011

Soto Padang.

Soto Padang ini makanan favorit suamiku dan anakku yang sulung ,kalau aku masak soto ini wah sampai nambah -nambah masing masing ,kena pula semasa musim hujan ini. Wah terasa hangat badan.
Resepi Soto Padang,
500 gram daging tanpa urat dihiris tipis
2 batang serai,7 daun limau ,1 helai daun kunyit
3 bt cengkih. 2cm kayu ,manis.1/2 bt pala.2 liter air
Bumbu halus
150 gram bawang merah.7 ulas bawang putih,5 cili merah buang biji.
5 cm halia,3 cm kunyit dan garam secukup rasa,
Bahan pelengkap
Lontong,bergedil,krupuk merah, dendeng daging,bawang goreng,daun bawang
soon dan sambal  cili padi

Cara memasak
1 Rebus daging bersama air dan garam hingga empuk,tabur garamdipermukaan daging sambil dimemarkan dan digoreng.
2,Tumis bumbu halus bersama serai,daun kunyit dan dau limau hingga wangi,lalu curahkan ke kaldu daging.
3.Tambahkan cengkih,kayu manis dan garam,
4,Hidangkan bersama bahan pelengkap dan sambal  cili hidangkan selagi panas.

Sambal cili ,kukus cili padi dan bawang merah,kemudian tumbuk halus serta bubuh garam.

Soto Banjar.

Soto Banjar memang sedap aku suka sekali makan soto tak kira soto apapun,Soto Jawa ,Soto Padang,Soto Betawi serta Soto yang lainnya. Aku jadi ingat semasa di kampung dulu maklumlah ipar-iparku ada yang Jawa,Sunda,Betawi serta sekarang suamiku adalah orang Minang jadi kami mask ala perpaduan juga.
Nah kali ini aku mau masak Soto Banjar.
Resepi Soto Banjar
Bahan-bahannya
1 ekor Ayam dipotong empat
4 liter air,6 helai daun limau purut
3 batang serai dititik,1/2 jari lengkuas dititik
1 bt kulit kayu manis,20 ulas bawang merah,7 ulas bawang putih
1/2 jari  kunyit haluuskan,1/2 biji buah pala,2 sdm minyak
1/ sdm lada putih biji,garam,minyak untuk menumis,

Bahan-bahan tambahan
Nasi himpit,bergedil,telur,tauge,soon yang digoreng
daun sup,daun bawang,bawang goreng,sambal kicap cili padi.

Cara memasak
1 Rebus ayam dan lima bahan berikutnya,kisar bahan bumbu diatas.
2.Masukan minyak dan goreng hingga naik bau,curahkkan bahan tumisan kedalam rebusan ayam,
3.Tambahkan garam secukup rasa masukan daun limau,kayu manis dan serai,
4.Masak hingga ayam empuk dan toskan, lalu ayam disiat-siat dan goreng.
5,Bubuh kuah dalam mangkuk dan masukan ayam serta bahan tambahan.
6.Hidangkan bersama sambal kicap,

Sambal Kicap
200 gram cili padi hijau,1 boto kicap manis,2 labu bawang putih
4 sdm minyak,1/2 sdt garam.gula secukupnya,

cara membuat sambal
1.Panaskan minyak tumis bawang putih ketepikan
2.Dalam minyak sama goreng cili padi hingga masak angkat.
3.Biarkan seketika,ambil cili padi dan bawang putih yang digoreng tadi lalu blend,masukan garam,gula dan kicap.

Soto Ayam.

Dalam cuaca hujan lebih baik aku masak soto ayam, Kadang jemu juga masak ayam asyik nak digoreng ,masak kari dan bakar ,kali ini bagu makanan yang berkuah dan panas,Lagipun soton ini mengandungi nasi,lauk serta sayur-sayuran.
Resepi soto ayam
Bahan-bahannya
1 ekor ayam. 2 batang serai, 1 cawan santan
6 bwang merah+6 bawang putih ditumbuk
1 sdt ketumbar ditumbuk halus
1 sdt jintan manis ditumbuk halus
1 sdt jintan putih ditumbuk halus
Garam secukupnya
1 batang kayu manis
Bahan Pelengkap
Lontong,taugeh,bawanmg goreng,daun bawang,daun selederi
kacang goreng.

Cara memasaknya
1.Rebus ayam masukan semua rempah kecuali santan, masak hingga ayam empuk lalu toskan.
2,Masukan santan masak sekali  lagi hingga kuah betul-betul mendidih.
3.Ayam yang sudah ditoskan tadi disiat-siat.
Hidangkan bersama bahan pelengkap dan sambal kicap.

KUIH CARA MANIS

Sebelah kebiasaan makan manis memang sangat sesuai ,tapi bagaimanpun penggunaan gula kena dikurangan takut kena diabetes kan lagi susah ,jadi kalu kuenya sudah manis minumnya tak payah menggunakan gula ,
Kali ini aku buat Kue Cara manis untuk sarapan pagi,

Resepi kue cara manis

Baha-bahannya
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
31/ cawan susu rendah lemak
1 sdt garam,sedikit minyak
Gula pasir Secukupnya untuk taburan
Pewarna hijau.

Cara membuatnta
1.Pukul telur dengan garam sehingga rata,lalu masukan tepung berselang seli dengan susu.
2,Kacau jangan sampai tepung berketul-ketul ,apabila sudah rata titiskan pewarna kue.
3.Panaskan acuan kue cara sapu dengan sedikit minyak.
4.Tuang adunan penuh dan taburkan gula,tutup acuan masak hingga kue kue betul -betul masak.
5.Keluarkan dari acuan ,nah siap untuk dihidangkan.

Kuih Cara berlauk'

Pagi ini aku buat kue cara berlauk bahan tak seberapa banyak senang saja ,lagipun boleh untuk bekal sekolah .Anak-anaku sangat menyukai kue ini.Nah  Resepi Kue Cara Berlauk

Bahan- Bahan
Untuk Butter
2 cawan tepung gandum
31/2 cawan santan
1 biji telur
1 sdt gram ,beberap titis pewarna kuning
Cara membuat Butter
Pukul telur dan garam masukan berselang seli tepng dan santan kacau rata jangan sampai berketul-ketul,dan titiskan pewarn kuning,

Untuk inti
2 Cawan daging kisar,1 sdm rempah kari,1 labu bawang besar potong halus
garam,1 sdt garam,1sdt gula,1 sdm minyak masak
Untuk hiasan
daun bawang cincang halus serta cili merah cicang halus.

Cara memasak
Panaskan acuan kue cara sapukan dengan minyak,tuang aduan 3/4 dari acuan bubuh inti ,daun bawang,cili.
Tutup hingga kue masak dan ankat

Cara memasak inti
Panaskan minyak dalam kuali masukan bawang besar dan srebuk kari hingga naik bau,lalu masukan daging kisar serta air masak hingga empuk,treakhi masuka garam dan gula.

Laksa Johor.

Hari ini cuaca di Pasir Gudang sangat sejuk, dari pagi hingga tengah hari hujan tak berhenti-henti, kondisi badanmulai tak sehat ,serasa macam nak demam .Untuk menghindarinya aku makan yang panas-panas.Kali ini aku masak laksa dimakan semasa panas.
Resepi Laksa Tradisional Johor.

Bahan-bahannya
250 gram mie laksa/Spageti
250 gram ikan tengiri
125 ml santan cair
1/4 cawan santan pekat
15 gram kerisik
2 keping asam keping
1 sdt gula pasir
1 sdt garam kasar,2 cawan air
Bahan Giling
100 gram udang buang kulit
1/2 cawan udang kering,5 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih
1cm lengkuas,2 batang serai,10 gram kunyit hidup,1 bungkus rempah kari ikan.
Bahan Hiasan
1 biji timun buang kulit,1 batang lobak merah,100 gram kacang panjang, 1 bawang besar potong bulat,
250 gram taugeh,1 mangkuk sambal blacan,daun selasih dihiris halus,limau nipis

Cara memasak
1.Rebus ikan bersama 2 cawan air,lalu buang tulangnya dan diblender.
2.baki air rebusan ikan jangan dibuang masukan bahan giling bersama santan cair.
3,Apabila mendidih masukan asam keping,santan pekat ,ikan yang telah diblender.
4.Perasakan dengan garam serta serbuk perasa,
5.Nah hidangkan laksa dengan kuah serta bahan hiasan.
6.Selamat mencoba.

Sabtu, 4 Jun 2011

Menu Diet makan Tengah hari.

Tengah hari ini cuaca tak begitu panas jadi aku maskanpun kuah tak seberapa banyak ,Kali ini aku mau masak ayam kentang bakar Black paper ,sayur sup ,serta  buah belimbing serta minum air suan saja.
Resepi Ayam Black Paper Berkentang

Bahan-bahannya
1/2 ekor ayam dibersihkan
1 sdt serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih dihaluskan
5 ulas bawnag merah dihaluskan
1 sdm garam
1 sdm sos tiram
2 cm halia dihaluskan
1 sdm madu
2 sdm serbuk cili
2 biji kentang dibelah empat
1 sdt serbuk perasa.
1 sm kicap masin, secekak daun ketumbar

Cara memasaknya
1.Perap ayam dengan kesemua rempah selama 15 menit.
2.Potong ubi kentang dan bakar dalam oven selama 30 mnit/hingga ayam masak.

Karipap Pusing inti kentang.

Hari ini aku membuat Karipap orang kata nama karipap ini karipap pusing,sebab membuatnya berpusing-pusing pula tapi rasanya memang sedap lho, aku pertama kali makan karipap ini ketika aku bertandang kerumah jiranku. Jiranku ini memang pakar membuat karipap ini ,satu hari dia boleh menyiapkan karipap ini dalam 500 biji ,dia buat sorang-sorang saja.Dia buat karipap dihantar ke kantin sekolah, dia dibuat untuk difrosenkan jadi tahan lama sedikit,aku bertanya resepinya, jiranku memng tak lokek berbagi ilmu ,memang rezeki dia melimpah ruah.Nah bagi yang ingin mencoba resepi ini,,,Reasepinya

Bahan-bahannya
Untuk doh minyak
150 gram tepung gandum
1sdk lemak sayuran (crisp n dry )
40 gram Margarine

Doh Biasa
350 gram tepung gandum
1 cawan air suam
1 sdk garam., Minyak untuk menggoreng


Caranya
1.Gaul doh  berminyak sampai lembut dan berminyak bagi 4 bulat-bulatkan.
2.Gaul doh biasa sampai lembut dan licin ,juga bagi 4 dan bulatkan,
3>Bungkus doh berminyak dan doh biasa buat sampai habis.
4.Leperkan dan canai sampai nipis bagi dua dan gulung dapat 2 gulungan.
5.Canaikan lagi dan gulung dapat 2 gulungan
6.Ambil satu potong dan canai nipis isikan dengan inti dan kelim kemas-kemas.dan goreng.

Untuk inti
600 gram ubi kentang potong dadu, 150 gram lobak merah, 2 biji bawang besar potong dadu
3/4 cawan daging kisar,3/4 cawan air,3 sdm rempah kari,1 sdm bawang putih cincang
2 sdm gula ,garam dan serbuk perasa secukupnya. 2sdm minyak untuk menumis,

Cara membuat inti
Panaskan minyak tumis bawang merah,bawang putih sampai naik bau masukan rempah kari,lobak merah,dan ubi kentang ,lalu masukan air masak hingga empuk persakan dengan garam,gula,serta serbuk perasa. Masak hingga sayur kering dan pekat.


Karipap Sayur.

Petang ini aku membuat kue karipap sayur,kariapap ini intinya macam-macam sayur dan campur sedikit udang.Karipap sesuai dimakan petang-petang hari sambil bertemankan minum teh.untuk mengubah cita rasa biasanya menggunakan kentang kali ini aku ubah sedikit yaitu dicampur kacang panjang,lobak merah serta sedikit udang hidup yang dicincang halus.

Resepi karipap Sayur
Bahan-bahannya
1/2 kg tepung gandum
1 sdm minyak sayuran/margaine  yang dipanasakan
Air sejuk secukupnya,1sdt garam, minyak untuk menggoreng karipap.

Bahan Inti
4 kacang panjang potong halus
1 biji lobak merah dipotong halus
100 gram tauge dibuang akarnya
2 keping tahu digoreng dan potong kecil
3 ulas bawang merah potong halus
1 sdt bawang putih kisar
1 mangkuk kecil udang basah dbuang kuli dan cincang halus
5 biji cili merah dicincang halus
1 cm lengkuas .1 sdt serbuk perasa.
Garam dan gula secukupnya,minyak untuk menumis.

Cara membuat
1.Gaul tepung bersama margarine panas menjadi serbuk roti,lalu tambahkan garam dan air hingga menjadi doh lembut tak melekat ditangan,
2.Bungkus dalam plastik simpan dalam peti  sejuk selama 15 menit.
3.Tumis bawang merah,bawang putih serta cili ,lengkuas serta udang hingga naik bau.Lalu masukan sayur serta tahu kacau hingga sebati,Perasan dengan garam,gula serta serbuk perasa.
4.Keluarakan doh ambil sedikit adonan canai nipis lalu isiskan dengan inti serta kelim kemas-kemas.
5.Goreng dalam minyak yang panas,

Jumaat, 3 Jun 2011

laksa Terengganu.

Laksa Trengganu memang sedap saya memang gemar makan laksa tak kira apa jenis laksa.Kali ini aku mau memasak laksa yang berasal dari Trengganu.
Resepi Laksa  Trengganu.
Bahan-bahan
1 kg laksa biasa rebus sampai empuk
Untuk ulam
1 kuntum bunga kantan
60 gram kacang panjang
100 gram taugeh
50 gram kacang gajus
100 gram timun
50 gram daun selasih
Sambal
100 gram cili merah,20 gram blacan bakar,garam
Bahan Kuah
500 gram ikan selayang
1500 ml santan dari sebiji kelapa
50 gram gula melaka
60 gram kerisik
5 asam keping,garam secukupnya
sedikit minyak
Bahab mesin
100 gram cili kering,5 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih,2cm halia,2 cm lengkuas
Cara memasak
1.Ikan direbus lau buang tulangnya
2,Tumis bahan mesin masukan kerisik,gula dan santan.
3.Biarkan mendidh lalu masukan asam keping serta ikan yang sudah dibuang tulangnya dan diblender.
4.Hidangkan laksa bersama ulam-ulaman serta kuah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...