Rabu, 8 Jun 2011

Cekodok Pisang.

Dua hari yang lalu aku pergi pasar beli pisang kapas masih hijau tapi sudah agak tua aku masak gulai pisang, bakinya aku simpan aku nak masak gulai lagi dalam masa 3 hari lagi sengaja aku tak kasih habis sebab masakan bersantan kurang minat sangat jadi pisang itu kubagi dua .Sekali aku nak masak gulai lagi rupa-rupanya pisangnya sudah masak akhirnta aku buatkan cekodok untuk minum petang.

Resepi cekodok pisang
Bahan-bahannya
10 biji pisang kapas
1 1/cawan tepung gandum
1/2 sdt soda borkabonat
1 sdt garam
2/1/2 sdm gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya
1.masukan kesemua bahan kacau rata hingga sebati, biarkan selama 15 menit.
2.Panaskan minyak sudukan  adunan dan goreng hingga kekuningan.
3.Boleh untuk teman minum petang atau sarapan pagi.

1 ulasan:

Zuraidah berkata...

Hoho. Tapi, sejak kebelakang ni, tak berani nak masak goreng2. Ngeh ngeh ngeh. >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...