Selasa, 7 Jun 2011

Sambal Udang Petai.

Petai  adalah kesukaanku kadang kala buat ulam makan mentah ,bagi yang giginya sudah hilang satu persatu kebanyakan direbus.tapi sesetengah orang petai dijadikan bahan perencah untuk sayur terutama bila kita nak memasak lemak.kali ini aku nak campurkan kedalam udang dibuat sambal.Sambal udang kali ini udang perpaduan maklumlah dalam satu rumahku dari lain suku,tapi walau bagimanapun soal makan tak kesah sangat .
kalau orang jawa tak tertinggal daun salam manakala orang minang tak tertinggal daun kunyit.

Nah Resepi Sambal Udang
Bahan-bahan
500 gram udang buang kulit
2 bawang besar dikisar
2 biji bawang putih dikisar
5 tangkai cili kering dikisar
5 tangkai cili merah dikisar
200 gram petai dikopek
1 helai daun kunyit,100 ml air
2 helai daun salam
2 helai daun limau
Garam dan gula secukup rasa
2 sdm minyak untuk menumis

Cara memasak
1.Tumis bahan kisar hingga naik bau,lalu masukan daun limau,daun kunyit,dan daun salam,kacau hingga sebati.
2,Masukan udang dan petai tambahkan sedikit air,kacau lagi hingga sebati.
3.Perasakan dengan garam dan gula.apabila sambal sudah kering,angkat dan hidangkan bersama nasi panas.
4.Sebelum dihidangkan keluarkan daun salam,daun kunyit serta daun limau.

1 ulasan:

Zuraidah berkata...

Petai memang sedap. Haha. >.<

Masak nasi goreng taruk petai. >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...