Isnin, 13 Jun 2011

Menu Diet makan Tengah hari.

Tengah hari ini menu dietku lain sedikit ,yaitu aku mask sambal tempe terung tempoyak.Biasanya tempe selagi diet ini aku masak cara rabes campur rempah kalau orang jawa cakap masak bacem.atau dibakar.Hari ini aku masak sup sayur campur,sambal tempe terung tempoyak dan buah pisang,
Resepi sambal tempe terung tempoyak
Bahan-bahannya
2 keping tempe dipotong besar
1 biji terung warna ungu dibuang kulit potong serong
10 biji cili padi merah tumbuk halus
3 ulas bawang merah ditumbuk halus
3 ulas bawang putih dihtumbuk halus
2 sdm tempoyak
1 helai daun kunyit
1 cm kunyit hidup ditumbuk halus
1 sdt garam,1 sdm gula
200 ml air

Cara memasak
1.Didihkan air masukan bumbu yang ditumbuk halus bersama daun kunyit,tempoyak garam dan gula.
2.Apabila sudah mendidih masukan tempe yang sudah dipotong dan terung.
3.Masak hingga agak kering ,

Sup Sayur campur
Bahan-bahan
150 gram brakoli.100 gram kubis bunga
1 keping fish cake,50 gram lobak merah
1 biji bawang besar,3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah,5 biji cili padi dibelah
1 kiub pati ayam
1 biji tomato
500 ml air

cara memasak
1.Didihkan air masukan bawang merah,bawang putih ,cili yang telah dipotong.
2.Apabila mendidih masukan fish cake ,kiub pati ayam beserta sayuran.
3.Masak hingga empuk dan siap dihidang,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...