Selasa, 7 Jun 2011

Biskut Mentega.

Aku kali ini membuat biskut Mentega,maklumlah cuti sekolah anak-anak suka makan daripada berbeli ,sambil mengajar anak membuat biskut ,lagipun biskut ini tak banyak kerenah ,sedap pula tu,,kata anakku warnanya boleh tahan juga,Nah besok raya bolehlah buat lebih kan banyak kawan-kawan dia datang.

Resepi Biskut mentega
500 gram tepung gandum
350 gram mentega
200 gram gula aising
100 gram telur
75 gram tepung jagung
1 sdt esen vanila
Cili merah dibelah dua

Cara memasak
1.Pukul mentega dan gula aising hingga berkrim.Masukan telur,esen vanila dan pukul hingga kembang.
2,Kemudian masukan tepung gandum dan tepung jagung.Uli adunan hingga sebati.
3.Masukan adunan kedalam acuan dan tekankan diatas dulang pembakar.Bubuhkan ceri diatasnya.
4.bakar dalam ketukar dengan suhu 180 darjad hingga masak.

3 ulasan:

Zuraidah berkata...

Biskut untuk raya tahun ni ke? Hehe.

Istinah berkata...

Memanglah banyak lagi biskut yang nak dibuat ada almond london,biskut makmur dan macam-macam lagi,saip-siap saja tolong masak,,,ye,,

Zuraidah berkata...

Wekeke. Suruh zana. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...