Rabu, 8 Jun 2011

Nasi Beriani.

Nasi ini sangat sedap nasi beriani ini ada berbagai macam jenis ada nasi beriani gam ada nasi beriani yang dimakan dengan acar,ayam masak merah ,serta ada yang dimakan dengan gulai daging kambing.
Bahan-bahan
1 kg basmati
air secukupnya untuk masak nasi
5oo gram daging kambing dipotong kiub 2cm
Air secukupnya untuk masak daging hingga empuk
250 gram mentega
125 ml susu cair
1/2 sdt garam
1 biji bawang besar dihiris
3 uls bawang putih+1 cm halia ditumbuk
60 gram kismis,80 gram kacang gajus
4 sdm bawang goreng

Bahan A
8 biji lada putih,6 kuntum bunga cengkih
2 batang kayu manis,4 buah biji buah pelaga

cara membuat
1.Beras dibasuh dan direndam selama 15 menit .Toskan.
2.Panaskan mentega dalam periuk tumis bawang besar dan bahan A
3.Masukan bawang putih,lada ,garam dan halia kacau rata masukan daging kambing.
4.Tuangkan air dan biarkan mendidih selama 30 menit, kuahnya hendaklah agakm kering dan daging empuk.
5.Kemudian tuangkan beras,susu dan air masak hingga kering.
6.Kacau nasi dan taburkan kacang ,bawang goreng serta kismis,tutup periuk dan masak selama 3 mnit.

3 ulasan:

Zuraidah berkata...

Boleh pakai perencah yang segera tak? >.<

Istinah berkata...

Boleh saja tapi sedap kalau buat perencah sendiri lagi jimat duit dan enak lho.

Zuraidah berkata...

Ni semua pasal Muyiddin. =.=

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...