Jumaat, 1 Jun 2012

Bahulu Rose.

Sempena sekolah ini budak-budak asyik nak makan saja, terlanjur cuti anakku yang nomor dua tingkatan empat dia buat kuih. Dia buat kuih yang tak menggunakan bahan-bahan yang banyak,maklumlah baru belajar masak.
Dari pada berbeli buat sendiri lagi bagus, Kali ini dia membuat bahulu yang simple saja ,

Resepi bahulu Rose
Bahab-bahannya
4 biji telur
1 1/4 cawan gula pasir
1 sdt esen vanila
Pewarna merah
3/4 cawan tepung gandum
1 sdt Baking Powder

Cara membuatnya
1.Campurkan tepung gandum bersama baking powdwr lalu ayak'
2.Pukul gula dan telur sehingga kembang.
3.Masukan tepung gandum dan pukul hingga sebati.
4.Sapukan loyang dengan sedikit minyak ,asingkan sesudu adunan dengan pewarna merah.
5. Masukan aduanan asal , kemudian adunan warna , lalu tutup lagi dengan adunan asal.
6.Bakar dalam oven dengan suhu 180 darjad selama 1 jam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...