Sabtu, 2 Jun 2012

Pulut Panggang.

Tadi baru sahaja balik dari pasar malam ,ternampak orang jual pulut panggang terlir juga nak membelinya. Maklumlah sudah lama tak makan pulut ini, amaboi sedap sungguh sekali makan habis tiga biji, mau membuat kuih masa tak ada ,sungguh rumit juga membuat kuih ini ,makan masa yang agak panjang.nak kena rendam beras ,nak buat inti maklumlah satu keluarga kerja semua,

Resepi pulut panggang

Bahan-bahannya
1/2 kg beras pulut
santan pekat secukupnya
sedekat garam

Untuk inti dikisar halus
150 gram kelapa parut
30 gram udang kering
5 tangkai cili kering
2 blabu bawang besar
2 labu bawang putih
1 batang serai

Bahan lain
Daun pisang
Lidi secukupnya

Cara membuatnya
1.Pulut dicuci dan ditoskan selama 1 jam.
2.Gaulkan dengan garam dan santan kukus selama 30 menit, biarkan sejuk.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga kering.
4. Selepas itu masukan kelapa dan garam secukup rasa, sangrai sehingga kering dan sejukan.
5.Layurkan daun pisang, ambil sedkit pulut dan letakan inti dan gulung.
6. Selipkan kiri kanan dengan lidi.
7.Panggang hingga masak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...