Ahad, 5 Jun 2011

Soto Banjar.

Soto Banjar memang sedap aku suka sekali makan soto tak kira soto apapun,Soto Jawa ,Soto Padang,Soto Betawi serta Soto yang lainnya. Aku jadi ingat semasa di kampung dulu maklumlah ipar-iparku ada yang Jawa,Sunda,Betawi serta sekarang suamiku adalah orang Minang jadi kami mask ala perpaduan juga.
Nah kali ini aku mau masak Soto Banjar.
Resepi Soto Banjar
Bahan-bahannya
1 ekor Ayam dipotong empat
4 liter air,6 helai daun limau purut
3 batang serai dititik,1/2 jari lengkuas dititik
1 bt kulit kayu manis,20 ulas bawang merah,7 ulas bawang putih
1/2 jari  kunyit haluuskan,1/2 biji buah pala,2 sdm minyak
1/ sdm lada putih biji,garam,minyak untuk menumis,

Bahan-bahan tambahan
Nasi himpit,bergedil,telur,tauge,soon yang digoreng
daun sup,daun bawang,bawang goreng,sambal kicap cili padi.

Cara memasak
1 Rebus ayam dan lima bahan berikutnya,kisar bahan bumbu diatas.
2.Masukan minyak dan goreng hingga naik bau,curahkkan bahan tumisan kedalam rebusan ayam,
3.Tambahkan garam secukup rasa masukan daun limau,kayu manis dan serai,
4.Masak hingga ayam empuk dan toskan, lalu ayam disiat-siat dan goreng.
5,Bubuh kuah dalam mangkuk dan masukan ayam serta bahan tambahan.
6.Hidangkan bersama sambal kicap,

Sambal Kicap
200 gram cili padi hijau,1 boto kicap manis,2 labu bawang putih
4 sdm minyak,1/2 sdt garam.gula secukupnya,

cara membuat sambal
1.Panaskan minyak tumis bawang putih ketepikan
2.Dalam minyak sama goreng cili padi hingga masak angkat.
3.Biarkan seketika,ambil cili padi dan bawang putih yang digoreng tadi lalu blend,masukan garam,gula dan kicap.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...