Ahad, 5 Jun 2011

Soto Padang.

Soto Padang ini makanan favorit suamiku dan anakku yang sulung ,kalau aku masak soto ini wah sampai nambah -nambah masing masing ,kena pula semasa musim hujan ini. Wah terasa hangat badan.
Resepi Soto Padang,
500 gram daging tanpa urat dihiris tipis
2 batang serai,7 daun limau ,1 helai daun kunyit
3 bt cengkih. 2cm kayu ,manis.1/2 bt pala.2 liter air
Bumbu halus
150 gram bawang merah.7 ulas bawang putih,5 cili merah buang biji.
5 cm halia,3 cm kunyit dan garam secukup rasa,
Bahan pelengkap
Lontong,bergedil,krupuk merah, dendeng daging,bawang goreng,daun bawang
soon dan sambal  cili padi

Cara memasak
1 Rebus daging bersama air dan garam hingga empuk,tabur garamdipermukaan daging sambil dimemarkan dan digoreng.
2,Tumis bumbu halus bersama serai,daun kunyit dan dau limau hingga wangi,lalu curahkan ke kaldu daging.
3.Tambahkan cengkih,kayu manis dan garam,
4,Hidangkan bersama bahan pelengkap dan sambal  cili hidangkan selagi panas.

Sambal cili ,kukus cili padi dan bawang merah,kemudian tumbuk halus serta bubuh garam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...