Ahad, 5 Jun 2011

Laksa Johor.

Hari ini cuaca di Pasir Gudang sangat sejuk, dari pagi hingga tengah hari hujan tak berhenti-henti, kondisi badanmulai tak sehat ,serasa macam nak demam .Untuk menghindarinya aku makan yang panas-panas.Kali ini aku masak laksa dimakan semasa panas.
Resepi Laksa Tradisional Johor.

Bahan-bahannya
250 gram mie laksa/Spageti
250 gram ikan tengiri
125 ml santan cair
1/4 cawan santan pekat
15 gram kerisik
2 keping asam keping
1 sdt gula pasir
1 sdt garam kasar,2 cawan air
Bahan Giling
100 gram udang buang kulit
1/2 cawan udang kering,5 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih
1cm lengkuas,2 batang serai,10 gram kunyit hidup,1 bungkus rempah kari ikan.
Bahan Hiasan
1 biji timun buang kulit,1 batang lobak merah,100 gram kacang panjang, 1 bawang besar potong bulat,
250 gram taugeh,1 mangkuk sambal blacan,daun selasih dihiris halus,limau nipis

Cara memasak
1.Rebus ikan bersama 2 cawan air,lalu buang tulangnya dan diblender.
2.baki air rebusan ikan jangan dibuang masukan bahan giling bersama santan cair.
3,Apabila mendidih masukan asam keping,santan pekat ,ikan yang telah diblender.
4.Perasakan dengan garam serta serbuk perasa,
5.Nah hidangkan laksa dengan kuah serta bahan hiasan.
6.Selamat mencoba.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...