Khamis, 8 November 2012

Kek Sunqick

Hari ini dari pagi hingga kepetang hujan saja...aktiviti sehari-hari jadi tergendala ,perut asyik lapar sahaja,mau keluar berbelanja malas,nasib baik bahan-bahan kering didapur masih ada. Terjumpa  jus sunqick biasanya diminum tengah hari semasa panas tapi kali ini berhubung sejuk lalu sunqicknya saya pelbagaikan untuk membuat kek , oh rasanya sedap juga bahan-bahannya tak banyak pula

Bahan-bahannya
3 biji telur ,asingkan putih dan kuningnya.
1 cawan +2sdb tepung naik sendiri
1/2 cawan gula kastor
1 sdk ovalatet
2sdm jus suqick
5 sdm susu tepung + 5sdm air
3 sdm butter
1 sdt essen vanila.

Cara memasaknya
1.Pukul putih telur dan gula hingga kembang dan putih.
2.Masukan ovalet ,tepung secara sedikit demi sedikit hingga habis.
3.Apabila sebati masukan kuning telur,sunqick, susu tepung ,butter dan esen vanila.
4.Curahkan dalam loyang yang disapu sedikit mentega.
5.Bakar selama 40 menit/ sehingga masak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...