Sabtu, 21 Januari 2012

Yee Mee Zing-Zing Sup.

Makan malam hari m adalah mee, berdasarkan bahan mee kering dicampur dengan sup tulang ,um,,sedap pula kena pula dimakan semasa panas dengan cuaca hujan yang tak berhenti-henti.Sup ini dimakan dengan sos cili maupun sambal yang pedas

Bahan-bahan
Yee Miee
ubi kentang 2 biji potong
1 lobak merah diptong dadu
1/2 kg daging lembu /tulang yang ada dagingnya
rempah sup bunjut
garam,serbuk perasa,bunga lawang,kayu  manis
Daun sup,daun bawang ,bawang goreng.
Sos cili kegemaran kita

Cara memasak;
1.Rebus daging hingga empuk masukan rempah sup, ubi kentang , lobak merah,bunga lawang serta kayu manis.
2.Apabila sudah empuk masukan garam dan serbuk perasa kacau hingga sebati.
3.Celur mie dengan air panas lalu toskan, letak dalam mangkuk siram dengan sup lalu taburkan daun sup,daun bawang serta cili sos.
.

.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...