Jumaat, 20 Januari 2012

Nasi Pecal

Nasi ini sesuai untuk orang yang sedang berdiet, sebab nasi ini mengandungi sayur-sayuran serta lauknya ikan yang dimasak asam tetapi dikeringkan.Sedangkan nasinya putih biasa cuma lauknya sahaja yang berlainan.

Resepi Pecal

Bahan Sayuran.
Kacang panjang.taugeh.daun pucuk ubi kayu,kangkungserta kubis.
Semua sayur direbus hingga empuk.

Kuah pecal

150 gram kacang tanah digoeng tanpa minyak lalu ditumbuk halus
5 tangkai cili kering,direndam air mendiddih lalu ditumbuk haklus
3 ulas bawang merah dibakar
2 ulas bawang putih dibakar
2 cm cekur
1/2 cawan air asam jawa
1 sdt garam
3 sdm gula melaka yang dihaluskan
3 sdm air asam jawa 
cara membuat kacau semua bahan kuah bersama sayuran.

Ikan masak asam kering
1 ekor ikan susu dibesihkan perap dengan air asam jawa
15 tangkai cili kering diblender
5 ulas bawang merah dihaluskan
4 bawang putih dihaluskan
1 sdt serbuk lada hitam
2 helai daun salam
6 tangkai daun kesum
1 helai daun kunyit
1 sdm garam
1 sdt serbuk perasa
2 sdm gula
1 liter air
1/4 cawan air asam jaea
Cara memasak 
1.Didihkan air ,lalu masukan bahan yang dihaluskan serta garam ,serbuk lada hitam,gula,daun kesum.daun 
kunyit ,daun salam ,air asam jawa,dan serbuk perasa.
2.Apabila rempah-rempah tersebut sudah sebati masukan ikan,lalu masak hingga agak kering





Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...