Khamis, 19 Januari 2012

Talam Ubi Jagung Manis.

Ubi kelesdek yang berwarna kuning sesuai untuk membuat berbagai macam hidangan kuih mih ataupun desert.Sebab warnanya sangat menarik tak payah bagi pewarna kue. Saya juga menykai ubi ini untuk membuat donat, keria,kek ataupun yang lainnya.kali ini saya nak membuat satu bahan makanan yang berasakan ubi kuning.Kuih ini aku ambil dari pada okezone tv.

Respi  Talam ubi Jagung manis
Bahan-bahannya
250 gram ubi keledek kuning kukus dan dihaluskan
150 gram tepung ubi
250 ml santan pekat
250 gram gula pasir
1/2 sdt garam
2 titis pewarna kuning.

Untuk lapisan
175 ml santan sedang
35 gram tepung beras
10 gram tepung ubi kayu
1 tongkol jagung ambil isinya sahaja

cara memasaknya
1.Campur ubi yang telah dihaluskan bersama tepung ubi  kacau rata sisihkan.Panaskan santan ,gula ,garam ,gula dan pewarna kuning sambil dikacau sehingga mendidih.Angkat lalu masukan kedalam campuran ubi tadi.
2.Tuang kedalam mangkuk kecil yang sudah disapu minyak sampai 2/3 tinggi mangkuk lalu kukus sehingga masak.
3.Didihkan santan sambil dikacau sehingga mendidih,angkat lalu sejukan dan sisihkan.
4.Tuang tepung beras dan tepung kanji ,tuang santan hangat sambil dikacau, tambahkan irisan jagung sambil dikacau rata.
5.Tuang kedalam mangkuk kecil yang berisi ubi tadi lalu kukus sehingga masak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...