Isnin, 16 Januari 2012

Kroket Cornflakes.

Resepi ini aku jumpa di masakanan Indonesia,ternyata cornflakes bukan saja unutk campuran minuman ,membuat biskut maupun kek. Ternyata sedap juga dibuat kroket, selain untuk sarapan pagi ataupun minum petang sesuai juga untuk bekal sekolah anak-anak. Aku mencobanya sekali ternyata nak buat lagi kali ini aku buat lebih.

Resepi  Kroket Cornflakes
Bahan-bahannya
200 gram cornflakes
200 ml susu cair
200 gram kentang dikukus dan dilenyek halus
 Rempah
4 ulas bawang putih dicincang halus
2 batang selederi dicincang halus
1/4 sdt serbuk lada putih
1/4 sdth serbuk pala

Bahan tambahan
2 butir putih telur
100 gram tepung gandum
400 gram tepung roti
Minyak masak secukupnya

Cara memasaknya
1.Campur semua bahan kacau rata, tambahakan rempah.
2.Ambil 2 sudu adunan bentuk lonjong,lalu golekan diatas tepung gandum.
3.Celupkan dalam putih telur,lalu golekan daiats tepung roti.
4.Goreng hingga kekuningan.
5.Sesuai dihidang bersama cili sos kegemaran kita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...