Selasa, 17 Januari 2012

Gulai Kepala Ikan.

Cuaca terik  matahari membuat kita sentiasa haus dan lapar, sekali sekali masak gulai ,dimakan dengan nasi panas,,ohh sedap. Asyik masak sup sahaja hari ini nak masak untuk keluarga gulai kepala ikan.Kali ini aku mau memasak kepala ikan susu,kepala ikan ini selain dimasak asam pedas ia juga sedap dimasak gulai.

Resepi Gulai Kepala ikan
Bahan-bahan
1 ekor kepala ikan dibelah dua dibersihkan
2 sdm air limau nipis+1 sdm garam
2 sdm minyak masak
1500 ml santan
2 keping asam keping
2 batang serai dimemarkan
1 helai daun kunyit
2 helai daun limau purut
2 biji cili merah dibelah dua untuk hiasan.

Rempah yang dihaluskan
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
2 cm halia
4 butir buah keras
2 cm halia
3 cm kunyit hidup dibakar
Garam,serbuk perasa

Cara memasak
1.Perap kepala ikan bersama air limau nipis selama 30 menit.
2.Tumis rempah yang dihaluskan masuakan ikan,daun kuniyt ,serai,daun limau nipis, garam dan serbuk perasa.
3.Kacau sehingga sebati lalu masukan santan kacau lagi hingga bercampur rata,
4.Masak sehingga ikannya masak lalu masukan cili merah sebagai hiasan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...