Rabu, 7 Disember 2011

Sambal Ijo,

Sambal ini sesuai dimakan bersama nasi yang masih panas dan lauk kesukaan keluargaku bila aku masak sambal ini adalah ikan masin tak kira apa jenis ikan masin ,ikan ,masin kapak ,gelama jeruk,ikan kembung dengan sayur rebus. Sambal ini sangat ringkas dan cepat pembuatannya .

Resepi Sambal ijo
Bahan-bahan
15 tangkai cili hijau yang segar
12 tangkai cili padi hijau
5 ulas bawang merah
Garam,gula ,cuka sesaui rasa
1 sdt ajinomoto
Sedikit minyak untuk menumis.

Cara membuat
1,Potong cili serta bawang lalu rebus hingga agak lembut.
2.Tumbuk kasar ataupun diblenderr.
3.Tumis cili yang sudah diblender tambahakn garam.cuka,gula serta ajinomoto,
4,Nah sambal sudah siap ,enak dimakan bersama nasi panas dab lauk kegemaran kita..

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...