Khamis, 15 Disember 2011

Kroket Telur.

Berbahan dasar kentang sesuai untuk sarapan pagi ataupu  bekal sekolah anak.Cara pembuatannya yang sanagt sederhana dan senang, Aku nengok resepi ini dekat masakan Indonesia, terima kasih banyak ya ,,atas pelbagai aneka masakan yang disediakan disamping boleh menambah kreasi masakan kita. Jadi keluarga kita tak bosan makan. Nah,,, ini resepi kroket telur.

Bahan -bahannya.
500 gram ubi kentang direbus dan dilenyek halus
2 biji telur rebus
1 biji telur
Untuk lapisan
1 biji telur
150 gram tepung roti/ tepung panir

Untuk rempah
1/2 sdt margarine
50 gram lobak merah dicincang halus
30 gram bawang bombay dicincang halus
1/2 sdt serbuk lada hitam
1 sdt garam

Cara membuatnya
1.Kupas telur,cicang putih telurnya dan haluskan kuning telurnya.
2.Panaskan margarine dan tumis bawang hingga layu, lalu masukan lobak merah.
3.Masak hingga lobak merah empuk dengan ditambahkan sedikit air,garam dan serbuk lada hitam.
4.Masukan putih telur yang dicincang tadi beserta kuning telurnya.
5.Kacau hingga rata dan sebati lalu ketepikan.
6.Campurka kentang dan kesemua yang dimasak tadi ,lalu bulat-bulatkan.
7.Celupkan kedalam telur yang telah dikacau tadi lalu golekan keatas tepung dan goreng hingga kekuningan.
8.Boleh dihidang bersama sos cili kesukaan kita,

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...