Jumaat, 2 Disember 2011

Getuk Goreng Berinti.

Aku cuba masakan yang ada dalam majalah Indonesia ,kue ini cukup sedap seakan-akan macam karipap . Bezanya terbuat dari pada ubi kayu yang telah dikukus dan dilenyek lalu masukan inti kesukaan kita yang kita sukai. Nah sekali buat nak buat lagi.

Bahan-bahannya
Bahan A
250 gram ubi kayu dikukus dan dilenyek halus
20 gram tepung gandum
2 biji telur
25 gram keju parut
1 tangkai kuci dicincang halus
1/4 sdt garam
25 ml air

Untuk isi
2 ulas bawang putih dicincang halus
4 ulas bawang merah cinvang halus
1 cili merah dicincang halus
100 gram udang dibersihkan dicincang hakus
50 gram lobak merah dipotong dadu
50 gram ubi kentang potong dau
1/2 kiub pati ayam
1/4 sdt gula
1/4 sdt garam
1 biji telur kacau sekejap untuk bahan pencelup
25 ml air
minyak untuk menggoreng
1 tangkai daun selederi cincang.

Cara memasak
1.Aduk bahan A dan giliing tipis adunan berdiameter bulat 8 cm.
2.Panasskan sedkit minyak tumis bawang nerah bawang putih hingga harum dan masukan,lobak merah,ubi kentang ,kiub ayam serta udang .aduk rata.
3.Tambahakan air ,garam .gula mask hingga empuk dan kering, lalu ketepikan.
4,Ambil selembar adunan ubi dan isikan dengan inti,seperti membuat karipap.
5.Celupkan ke telur yang telah dikacau,lalu goreng dengan minyak yang panas hingga kekuningan..
6,Sedap dimakan semasa panas dengan cili sos kegemaran kita.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...