Ahad, 6 November 2011

Popia Pedas.

Untuk hidangan tetamu yang besrsandang kerumah sempena  Hari Raya  Aidil Adha masak masakan ringkas sahaja sebagai pencuci mulut selain ketupat dan rendang, Popia ini rasanya pedas dan manis.

Resepi Popia Pedas
Bahan-bahannya
Kulit popia secukupnya
popia pedas
1 batang lobak merah dipotong halus.
1 biji sengkuang dipotong halus
2 sdm udang kering direndam air panas  kalau sudah kembang ditumbuk halus
1 labu bawang besar dicincang halus
2 sdm sos tiram
Semangkuk kubis dihiris halus
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menggoreng.

Cara memasaknya
Tumis bawang hingga harum lalu msukan kesemua bahan kecuali kulit popia.Masak hingga sebati lalu angkat.Sayur jangan terlalu lama nanti rasa tak sedap pula.
Masukan sayur kedalam kulit popia dan goreng hinnga garing.

Untuk sambal
2 sdm serbuk cili
1 ulas bawang merah dithaluskan
2 ulas bawang putih
3 sdm sos cili
sedikit  blacan .sedikit mionyak unutuk menumis
Garam dan gula
Bijan disangrai
Cara membuat sambal
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum masukan cili sos ,garam ,gula serta asam jawa.
Masak hingga sambal pekat,lalu masukan popia goreng dan taburkan dengan bijan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...