Jumaat, 7 Oktober 2011

Kek Sarang semut.

Kek ini sangat mudah dan ringkas pembuatannya disamping  tak memerlukan bahan yang banyak,cuma agak lambat sedikit menunggunya,Kek ini kesukaan keluargaku aku nengok resepi kek ini dari pada My resepi,sekali aku cuba kek ini ternyata terus jadi,terima kasih banyak my resepi.Saya memang punya hobi mengumpul berbagai resepi masakan.Maklumlah usia sudah semakin meningkat tenaga semakin berkurang manatahu suatu saat dapat buka kedai makan,jadi dapatlah  sebagai bahan rujukan.

Resepi Kek sarang semut
Bahan-bahannya
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu pekat kalau ikut resepi 1 cawan ,sebab saya tak suka terlalu manis.
2 sdt soda bokabonat
4 biji telur.
2 sdm mentega.

Cara memasaknya
1.Masak dgula pasir hingga kuning,lalu masukan air panas ,lalu masak gula hingga larut,
2.Masukan mentega kedalamnya,ketipikan dan sejukan.
3.Pukul telur hingga kembang,masukan susu pekat kedalam telur.
4.Masukan tepung + soda lalu sebatikan.
5.Campur kesemua bahan ,kacau hingga sebati,perap adunan selama 3-4 jam.
6.Bakar dengan api sederhana suhu 160 derajad Celcius selam 1 jam.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...