Isnin, 5 September 2011

Lontong Daun.

Lontong daun tak kurang sedapnya dibanding lontong yang lain, lontong ini  cukup sedap dan tahan lama  .Lontong ini juga sedap dimakan bersama soto maupun pecal cuma pembuatannya memang agak lama dan agak rumit sedikit. Akupun selalu memasak lontong ini terutama pada penghujung minggu ,sebab lontong daun merupakan makanan favorit keluargaku.

Cara membuat lontong daun
Bahan-bahan
lontong daun
6 cup beras
2 helai daun pandan
1 sdt garam
Daun pisang secukupnya
lidi sate

Cara memasaknya
1.Besihkan beras sampai betul-betul  bersih
2..Masukan beras kedalam periuk dan tambahkan air setinggi 1 ruas jari tangan.
3.Masukan daun pandan kedalamnya dan masak  beras dengan api perlahan hingga airnya terserap habis.
4.Matikan api dan biarkan nasinya hangat.
5.Letak nasi diatas daun pisang dan gulung padat-padat dan ikat kedua hujungnya dengan tali, buat gulungan daun pisang tadi hingga habis.
6.Rebus  air dalam periuk dan masukan gulungan tadi kedalamnya dan rebus selama 21/2 jam.
7.Angkat dan toskan apabila sejuk baru dipotong hidangkan bersama lauk kegemaran kita'

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...