Sabtu, 20 Ogos 2011

Cucur Makroni.

Sebelah malam makan sup makroni campur sambal kicap, nasib baik makroninya tak dicampurkan sekali jadi makroni yang tak habis kubuat cucur ternyata sedap juga campur rempah sedikit tambah telur dan tepung.Aku saja -saja saja campur berbagai  sayur  jadi rasanya ya ..cubalah.

Resepi Cucur Makroni
Bahan-bahannya
2 cawan tepung gandum
2cawan air masak
1 cawan makroni yang telah direbus empuk
1 cawan udang geragau
1 labu bawang merah cincang
Sedikit daun bawang
Sedikit daun sup
2 ulas bawang putih cicang halus
1 sdm garam
1/2 sdt serbuk perasa
1/2 sdt serbuk kunyit
1 biji telur.2 cili merah cincang halus
Minyak massk untuk menggoreng

Cara mnemasaknya
1,Campur kesemua bahan dan gaul hingga sebati dan rata.
2.Panaskan minyak dsan sudukan aduan lalu goreng hingga kekuningan.
3.Boleh dimaakan dengan sos cili

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...