Jumaat, 19 Ogos 2011

Apam kentang.

Ubi kentang bukan sahaja untuk sayur malah boleh dipelbagaikan menjadi aneka hidangan yang sangat sedap dan menyelerakan ,mulanya aku hanya mengetahui kalau kentang hanya untuk sayur sahaja tapi sekali aku rajin melayari internet aku terjumpa resepi apam dari pada ubi kentang ,Setelah aku cuba ternyata sungguh enak lho.Bagi yang ingin menoba apa salahnya mencoba resepi yang aku jumpai dalam internet ini.

Resepi Apam kentang
Bahan-bahannya
3/4 cawan gula pasirk/diblender

200 ml air
2 cawan tepung beras
1 cawan kentang rebus dilenye
sedikit garam
1 sdk yis
1 sdk baking Powder
250 ml santan

Cara memasaknya
1.Kentang direbus dan diblender dengan santan.
2.Masak gula bersama daun pandan hingga larut.
3.Dalam mangkuk besar satukan kesemua bahan dan gaul hingga sebati .
4.Perap adunan ini selama 1 jam.
5.Panaskan kukusan dan tuang adunan kedalam mangkuk kecil yang telah disapukan dengan minyak.
6.Kukus selama 15 menit.
7.Apabila sudah sejuk keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama dengan kelapa bila suka.
8.Selamat mencoba.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...