Jumaat, 12 Ogos 2011

Bingka kentang.

Kentang rebus balance semalam ada lagi sebab aku buat bergedil kentang unutuk lauk soto,Nah rasanya sayang bila membuang makanan ,kebetulan ada 2 biji kentang rebus tersisa didapur jadi kali ini kubuat bingka sahaja.

Resepi bingka kentang
Bingka  kentang.

Bahan-bahannya
200 gram kentang rebus ,
1 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula pasir
1 biji telur
1 cawan susu cair
1 sdm margarine
sedilit pewarna kuning
1 sdt esen vanila
1 sdt garam

Cara membuatnya
1.Blender kesemua bahan sehingga hancur dan lembut,kecuali margarine
2.Panaskan oven selama 10 menit.
3.Sapukan loyang dengan margaine dan tuang adunan .
4.Bakar selama 1jam bila suka taburkan bijan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...