Ahad, 14 Ogos 2011

Mie Rojak.

Setiap kali pergi pasar malam aku selalu membeli rojak tak kira rojak apapun.Sebab rojak adalah kegemaranku sejak kecil terutama rojak buah ,tapi kali ini aku mencoba makan rujak mie ternyatajuga sedap disamping mengenyangkan. Apalagi sempena bulan suci Ramadhon makan sedikit sahaja sudah kenyang ,cuma banyak mionum air sahaja.

Resepi Mie Rojak
Untuk Kuah
1/2 cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus
2 biji ubi kentang direbus dan dihaluskan
15 tangkai cili kering diblender
1 ulas bawang besar dihaluskan
4 ulas bawang putih dihaluskan
3 sdm udang kering direndam ditumbuk halus
1 cm halia dihaluskan
sedikit blacan dihaluskan
1/2 cawan air asam jawa
1 buku gula melaka
garam dan gula secukup rasa
1 sdt serbuk perasa
2 sdm minyak
Cara membuat kuah
Tumis bawang merah ,bawang putih dan halia hingga naik bau,lalu masukan kesemua bahan masak hingga mendidih dan kuahnya pekat

Untuk pelengkap
1/2 kg mie kuning, taugeh,daun salad ,timun ,telur rebus kentang rebus dan jumput-jumput tepung.

Untuk jumput-jumput
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sdt baking powder
Sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya.
Campur kesemua bahan dan goreng hingga kekuningan.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...