Isnin, 15 Ogos 2011

Mie Bandung.

Hujan..oh hujan dari pagi hingga masuk berbuka puasa semakin sejuk dibuatnya ,rasa lapar memang tak seberapa tapi yang enaknya makan yang panas-panas,hari ini masak yang panas diperut ialah Mie bandung,

Resepi Mie Bandung
Bahan-bahannya
500 gram mie kuning
300 gram daging ayam
3 sdm cili giling
3 ulas bawang merah dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1 kiub ayam+2 cawan air
5 sdm sos tomato
3 sdm sos cili
1 sdm sos tiram
2 biji telur direbus /digoreng
sayur sawi ,daun bawang
bawang goreng,cili hijau dan cili merah potong
Kacang goreng bila suka
2 sdm minyak untuk menumis

Cara memasak
1.Panaskan minyak dalam periuk tumis bawang merah ,bawang putih dan ciligiling hingga naik bau dan garing.
2.Masukan stok ayam dan daging ayam biarkan mendidih.
3.Kemudian masukan sos tomato,sos cili,sos tiram dan garam biarkan mereneh perlahan.
3.masukan udang dan sayur sawi,daun bawang ,masak selama 2 menit,tutup api.
4.Bila sudah siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...