Isnin, 11 Julai 2011

Opak.

Opak adalah makanan yang berasaskan dari ubi kayu,rasanya cukup rangup orang yang tak ada gigipun boleh makan..Kali ini aku mengolah  dicampur dengan sedikit rempah serta ikan bilis.Opak ini tahan lama apabila cara penyimpanannya betul.Apabaila kita siap masak kenalah disimpan dalam balang kedap udara.

Resepi Opak
Bahan-bahannya
1kg ubi kayu diparut halus
1 sdm ketumbar
100 gram ikan bilis tumbuk halus
1 sdt serbuk kunyit
3 ulas bawang putih

cara membuatnya
1Campur kesemua bahan diatas dan kukus hingga mask,lalu siapkan loyang yang telah disapu sedikit minyak,tekan-tekan sehingga padat lalu ratakan dan biarkan sejuk.
2,setelah sejuk potong tipis-tipis lalu dijemur dibawah matahari sehingga kering.
3.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga kekuningan.
4.Angkat dan sejukan sekejap lalu simpan dalam balang kedap udara.

1 ulasan:

Zanariah Mohd Amin berkata...

bukan macam emping ea? :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...