Ahad, 31 Julai 2011

Ikan Patin Bakar.

Hari ini Puasa hari pertama  aku masak yang tidak mengandungi minyak yang banyak dan cukup simple sahaja ,Ikan Patin Bakar, ulam dan minumnya susu rendah lemak.Memang kami sekeluarga makan makanan yang seimbang ,Begitu juga dengan pisang memang tak pernah tinggal.

Resepi Ikan Patin Bakar
bahan-bahannya
1 ekor ikan patin dalam anggaran 800 gram cici bersih lalu sisihkan
3 ulas bawang putih haluskan
3 sdm madu
4 sdm kicap masin
5 sdm margarine
1 sdt serbuk kunyit
1 sdm garam
1 sdt serbuk lada hitam
1 diji limau diambil jusnya

Cara memasaknya
1.Bersihkan ikan patin lalu dilumur dengan alir limau perap selama 10 menit,lalu cuci lagi hingga bersih.
2.campur kesemua bumbu diatas kacau hingga sebati.
3.Lumur ikan dengan bahan rempah tadi dan bakar dalam oven selama 15 menit.
4,Kali ini aku makan dengan sambal blacan dan ulam-ulaman.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...