Ahad, 31 Julai 2011

Kue Bakar Kentang.

Kentang bukan saja untuk sayur bahakan boleh dibuat macam-macam makanan serta puding yang amat menatrik dan lazat lagi berkhasiat,Kali ini aku mau masak ubi kentang untuk sarapan ana-anak dan suami .Disamping rasanya cukup lembut ia juga menyeleraikan terutama anak-anak.

Resepi Kue Bakar Kentang Manis
Bahan-bahannya
2 biji kentang direbus dan dilenyek halus
1 biji telur
2/3 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu rendah lemak
1/3 cawan margarine dicairkan
Pewarna hijau dan kuning
Bijan bila suka

Cara memasaknya
1.Pukul telur dan guka hingga hancur lalu masukan tepung dan santan kemudian ditapis.
2.Tuang ubi kentang kedalam bahann yang ditapis tadi masukan mentega dan kacau rata,
3.Sapukan acuan dengan minyak panaskan sekejap dalam oven.
4,.Tuang adunan didalamnya dan tabur bijan ,bakar selama 15 menit.
5.Apabila sudah kuning keluarkan dari acuan siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...