Sabtu, 28 Mei 2011

Ubi Rebus Sambal Udang Kering.

Sarapan pagiku kali ini adalah Ubi Rebus sambal Udang Kering, Makanan orng kampung tapi banyak khasiat serta tak menggemukan ,biasanya orang padankan dengan kopi panas tapi disebabkan aku tengah berdiet aku minumnya dengan susu tapi rendah lemak sedangkan pencuci mulutnya pisang berangan.

Bahan-bahannya
1kg ubi  kayu
2 helai daun pandan
secubit garam
air secukupnya

cara memasak.
Buang kulit ubi dan basuh bersih-bersih lalu rebus bersama dengan air serta secubit garam.
Apabila sudah empuk ditoskan airnya dan masak sekejap dengan api kecil,lalu teup balik.
Biarkan seketika dan letak dalam pinggan mkan selagi panas dengan teman sambal.

Sambal Udang Kering
10 biji cili kering rendam aire panas
2 sdm udang kering rendam air panas
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 biji limau nipis
1sdt garam
1sdt serbuk perasa.

cara membuat sambal
Tumbuk cili bawang merah,bawang putih hingga halus ,masukan udang kering tumbuk kasar dan perasakan dengan garam,serbuk perasa serta air limau nipis. Nah sudah siap.

1 ulasan:

Zuraidah berkata...

Wekeke. Itu la dia. Kalau tak habis, buat ubi goreng je. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...