Jumaat, 27 Mei 2011

laksam.

Lanksam ini rasanya sangat sedap terdiri dari bahan campuran beras dan tepung,dihidangkan bersama ulam-ulaman serta kuah ikan.laksam ini berasal dari pantai timur semenanjung. Pertama aku merasakan masakan ini ketika beraya di rumah terbuka.Kalau di malaysia setiap perayaan disambut dengan meriah sekali. kebanyakan orang yang mampu mengadakan Open House. Nah rasanya akupun ingin juga mencubanya sendiri dirumah,

Resepi Laksam

Bahan-bahannya
 Untuk laksam
400 gram tepung beras
4 sdm tepung gandum
2 sdm tepung ubi
1 sdt garam
1100-1200 ml air
sedikit minyak

Cara membuat
1.Bancuh semua bahan hingga sebati,panaskan kukusan
2.Ambil sedikit adunan bulat /tutup periuk leserkan dengan sedikit minyak kedalam kukusan.
3.Ambil satu sudu adunan membentuk lapisan nipis kukus selama 3-4 menit ,lalu gulung selagi panas.

Untuk kuah
800 gram  ikan kembung/selayang.
2 liter santan/ saya menggunakan susu rendah lemak saja.
1/ sdm lada hitam tumbuk halus
1 cm halia tumbuk halus
2 bawang putih tumbuk halus
10 bawang merah tumbuk halus
2 keping asam gelegur
1/2 keping gula merah
garam secukupnya.

cara memasak kuah
1.Rebus ikan dengan air biasa dan tambahkan sedikt garam dan asam keping lalu tus kan ikan.
2,Ikan disiat-siat buang tulangnya blender denga sisa air rebusan tadi hingga hancur,
3.Masukan bahan tumbuk serta ikan tadi kedalam periuk tambahkan santan ,garam dan gula .
4,Masak hingga kuah pekat dan menggeledak .

Sambalnya
4 tangkai cili kering rendam dan toskan
6 tangkai cili merah
3 tangkai cili padi
sedikit blacan
garam secukup rasa
4 biji ;limau nipis diambil airnya.
1 sm minyak untuk menggoreng
Caranya
Tumbuk semua bahan sambal hingga lumat ,lau goeng hingga naik bau dan tambahkan air limau nipis.

Untuk ulam
4-5 tangkai kacang panjang
2 helai dau kubis
Taugeh
Bunga kantan
limau nipis

Hidangkan : Potong laksam setebal 1 cm dan hidang bersama kuah sera ulam dan sambal.

1 ulasan:

Zu berkata...

Hihi. Makan laksam jom, mama. >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...