Sabtu, 28 Mei 2011

menu diet Tengah Hari.

Tengah hari ini cukup panas aku mau masak kuah tannpa santan/sup simple dan cepat serta berkhasiat,menu kali ini adalah masak ikan ikan masak cuka serta sayur tumis buncis.Minumnya jus tembikai.
Nah resepi Ikan Bawal masak Cuka

bahan-bahan
1 ekor ikan bawal gaul dengan kunyit dan garam lalu digoreng.
4 biji cili hijau dibelah jangan putus
1 biji bawang merah besar potong bulat
3 ulas bawang putih hiris,1 cili merah potong.
1 cm halia hiris,sedikit serbuk perasa
1 bij timun potong
1 sdk biji sawi
sedikit air asam jawa
garam secukupnya
air secukupnya

Cara memasaknya
1.Panaskan minyak tumis semua bahan yang dihiris hingga wangi.
2.Masukan biji sawi ,air asam jawa serta biarkan mendidih.
3,Lalu masukan timun ,cili hijau dan ikan,last sekali perasakan dengan gram dan sedikit serbuk perasa.

Tumis kacang Buncis
100 gram kacang buncis potong sering
50 gram lobak merah potong serong
10 ekor udang sederhana besar buang ekor
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 cili merah potong serong
1 sdt garam, 1sdm minyak masak
1 sdt serbuk perasa
1 sdm sos tiram
2 helai daun salam.1 cm lengkuas

Cara memasak

1.Panaskan minyak dantumis semua bahan yang dihiris hingga naik bau.
2.Masukan lengkuas,daun salam,sos tiram serta udang.
3.Apabila sebati masukan sayur kacang buncis kacau-kacau sekejap ,lalu angkat'

1 ulasan:

Zuraidah berkata...

Wah. Masak cuka? Tak masam ke? >.<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...