Khamis, 12 Mei 2011

Goreng pisang Rangup.

Sudah satu minggu lebih cauaca panas sekali ,tak kira pagi ataupun malam. Mau tidur susah badan semua sakit-sakit buat apapun salah,panas bila mau berakhir. Akhirnya penantian berakhir sudah syukur alhamdulilah hujan turun dari pagi hingga kepetang. Hilang sudah bahang panas selama ini .kesejukan mula datang dalam kesejukan ini aku menggoreng pisang untuk seisi keluarga dimakan dengan sambal yang pedas, amboi,,,sedap.

Reaepi Goreng Pisang.
Bahan-bahannya
1 sisir pisang nipah
2 sdm tepung gandum
2 sdm tepung ubi
1 biji telur
1sdk garam
1sdk serbuk kunyit
1 cawan air, minyak untuk menggoreng.

cara membuatnya
1.Campur tepung gandum,tepung ubi.garam ,telur, serbuk kunyit dan air gau hingga rata.
2.Kupas pisang lalu belah dua.
2.Celupkan keadunan tepung dan goreng dalam minyak panas.

Untuk sambalnya
2 bawang putih ditumbuk halus
15 biji cili padi ditumbauk halus
2 sdb gula pasir
5 sdm kicap masin
Caranya
Tumis bawang  putihb hingga harum lalu masukan cili ,gula pasir dan kicap,masak hingga mendidih.Kalau sudah masak letak dalam mangkuk hidangkan bersama goreng pisang atau cendawan goreng.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...