Khamis, 17 Mac 2011

Resepi Rempeyek Tempe

Bahan :
  • 300 gm tempe, hiris tipis
  • 8 lembar daun limau, hiris

Untuk adunan :
  • 250 gm tepung beras
  • 350 ml santan dari 1/2 butir kelapa
  • 1 butir telur
  • Garam dan lada putih secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Rempah untuk dihaluskan :
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm cekur
  • 1 sdm ketumbar sangrai

Cara membuat :
  1. Adunan : Campur tepung beras, santan, telur, garam, dan lada putih, kacau rata rata. Tambahkan rempah yang telah dihaluskan dan hirisan daun limau. kacau rata.
  2. .Tempe dihiris nipis dan dijemur sekejap dibawah matahari.
  3. Panaskan minyak goreng, celupkan hirisan tempe ke dalam adunan dan goreng hingga masak, mengering dan angkat. Sajikan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...