Isnin, 14 Mac 2011

Resepi Pecal Ayam

Bahan A :

  • 1 ekor ayam


Bahan B :

  • 5 batang cili merah
  • 20 biji padi 
  • 2 ibu jari belacan bakar, hingga kuning
  • 1 camca kecil garam
  • 1 camca kecil gula pasir
  • 1 ibu jari cekur


Bahan C :

  • 1 biji kelapa


Cara membuat :

  1. Ayam dipanggang hingga kekuningan dan di siat kasar dagingnya.
  2. Tumbuk bahan B hingga halus.
  3. Kelapa dibuang kulit ari dan di jadikan 1 mangkuk sederhana besar santan pekat.
  4. Gaul bahan-bahan B dengan santan dan air sekali masukkan daging ayam siat. Jika suka taburkan beberapa hirisan halus daun cekur supaya hidangan nampak lebih berkhasiat dan tahan lama. Masakkan santan pekat sekejap. 

*Lauk ini sedap di makan dengan nasi putih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...