Khamis, 17 Mac 2011

Rendang Udang

Bahan:
  • 600 gram udang sederhana besar
  • 1/2 liter santan 
  • 150 gram minyak masak
  • 50 gram gula
  • 2 helai daun kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 150 gram kerisik

Bahan digiling halus:
  • 150 gram bawang merah
  • 50 gram bawang putih
  • 100 gram serai
  • 60 gram lengkuas
  • 50 gram halia
  • 50 gram cili padi
  • 50 gram cili kering

Cara:
  1. Bersihkan udang. Belah belakang udang dan bersihkan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan hingga garing.
  3. Masukkan santan, kerisik dan garam. Biar mendidih.
  4. Kacau supaya tidak melekat di kuali.
  5. Apabila pekat, masukkan udang dan daun kunyit.
  6. Perlahankan api. Biar hingga udang betul-betul masak baru diangkat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...