Jumaat, 25 Mac 2011

Nasi Lemak Kuning

Nasi  ini sentiasa kuingat,sebab membawa kenangan tersendiri dalam hidupku.
ketika ibu masih ada dia selalu memasaknya ,terutama bila ada hari jadi anak-anaknya.
Kami adik beradik  ramai lagipun tak mampu membeli kek yang mahal-mahal'
Lagipun bahannya senang didapat dikawasan rumah ,mudah dan sedap.
Seisi keluarga menyukainya,ibu selalu masak lebih,sebab saudara mara kan ramai.
Nah,,ini resepinya semoga anakku masih mau mewarisinya.


Bahan

4 cawan beras dibasuh  hingga  bersih,   1 biji  kelapa  diambil santanya'
2 batang serai wangai dimemarka
1 ibujari halia  dititik
1 ibu jari  kunyit hidup   ,sedikit garam

cara  memasaknya
  1. Masukan beras dalam periuk ,santan  ,kunyit hidup ditumbuk ,serai  dan garam
  2. Santan dalam anggaran 1 liter boleh ditambah atau dikurangkan  mengikut kuantiti beras'
  3. Masak sampai  beras kering, Setelah itu ambil periuk kukus  dan kukus hingga nasi masak.
  4. Apabila sudah masak letak  pinggan,dihias dengan kacang  tanah goreng.bawang goreng
  5. telur dadar,timun serta daun saderi


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...