Isnin, 14 Mac 2011

Karipap Pusing Inti keladi.

Bahan A :

400gram tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
80 gram majerin
240ml air sejuk+ (dicampur dengan 1/2 sudu teh garam)


Bahan B:

200gram tepung gandum
1 sudu tepung beras
100 gram majerin

Bahan untuk inti:
300gram daging ayam cincang
300gram keladi (potong dadu dan direbus hingga empuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang bombay
3 sudu besar rempah kari
3 sudu besar air
1 pokok daun bawang (dihiris halus)
-campur semua sekali bahan untuk inti dan di masak secara tumis-

Cara-cara:

1. Majerin + tepung diuli sehingga rata tidak melekat di tangan. Uli doh ini sampai seolah-olah berminyak. Semua ini daripada bahan B. Doh ini boleh dibahagikan kepada  tiga bahagian. Ini akan menjadi doh berminyak.

2. Daripada bahan A, uli tepung gandum, air yang bercampur garam, dan majerin.

3. Ambil doh biasa canaikan sedikit, jangan besar sangat, dan letakkan doh berminyak di atasnya dan balut menjadi doh yang besar.

4. Canaikan doh tersebut hingga saiz yang nipis seperti roti canai segera. Ingat, jangan tekan kuat nanti melekat pada papan canai. Belah tengah dan ambil satu bahagian kemudian, gulung seperti menggulung tikar.

5. Ambil doh gulung tikar dan canai lagi hingga nipis. Dan, berhati-hati semasa mencanai. Biarkan bentuknya lonjong. Kemudian gulung semula seperti gulungan tikar. Sebenarnya, kalau lagi panjang, lagi bagus sebab nanti nampak lebih banyak jalur.

6. Selepas itu, biarkan sekejap. lalu potong setebal 2 cm. Canaikan lagi. Isi dengan inti karipap.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...