Sabtu, 26 Mac 2011

Bubur candil.

Semasa aku kecil  nenekku selalu mebuat bubur ini .sebab masa itu musim menuai padi
tiba seronok betul ,bermain disawah ,nampak cantik sekali.
Betapa besar anugerah yang diberikan ,rezeki yang melimpah ruah,inilah harta yang tak ternilai.
Pokok padi masa itu  tinggi dituai dengan ani-ani.Apabila sudah sampai
rumah padi dijemur bila sudah kering baru ditumbuk.Satu keluarga kena buat
kerja tuh.Ada yang menampi beras yang hancur dijadikan tepung.

Bahan 
1mangkok  tepung beras pulut
1 biji kelapa diambil santannya dalam anggaran 750 ml
150 gram gula melaka,campur segelas air dimasak dengan daun pandan lalu tapis
1 sdt garam
sedikit air untuk menguli tepung
Daun pandan
 Nangka masak

Cara membuat
Tepung uli jadikan doh,bulatkan kecil-kecil
Masak santan bersama garam,daun pandan  sehingga mendidih
Apabila mendidih masakan  gula dan terakhir sekali tepung.
bila suka boleh letak nangka masukan semasa mendidihkan santan tadi'
nah siap dihidangkan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...