Khamis, 29 November 2012

Kue Satu.

Kue satu adalah makanan khas tradisi orang dahulu. kue ini selalunya ada setiap musim perayan tertama hari raya. Bahannya sangat sederhana dan mudah pembuatannya, cuma agak rumit sedikit, kue ini terbuat dari kacang hiajau yang telah disangrai, kuih ini juga tahan lama sampai berbulan-bulan.

Resepi  kue satu

Bahan-bahannya
2 cawan kacang hijau disangrai/goreng tanpa minyak
2 cawan gula halus
1 sdt esen vanila
3  sdm air
50 gram tepun ubi disangrai untuk tabur atas acuan
Sedikit margarine untuk sapu ldulang pembakar

Cara membuatnya

  1. Kacang yang telah disangrai buang kulitnya lalu diblender halus.
  2. Campur dengan gula kacau hingga betul-betul rata.
  3. Masukan air dan esen vanila kedalam adunan hingga tercampur rata.
  4. Tabur acuan kuih bangkit dengan tepung ubi tadi.
  5. Tekan-tekan hingga padat aduan tepung tadi kedalam adunan, lalu keluarkan.
  6. Susun dalam dulang yang telah disapu margarine.
  7. Bakar hingga kekuningan, apabila sejuk masukan dalam bekas kedap udara. 

1 ulasan:

Shuhaida Subri berkata...

Salam kenal dari sy. Singgah sini cari2 resipi.. Jemput ke blog sy jugak. Hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...