Isnin, 26 November 2012

Jemput-jemput sukun.

Sukun  yang sudah tua bukan saja sedap digoreng tapi juga boleh dibuat bingka , yang sudah terlalu tua dan lembik juga jangan dibuang ya.. tapi dibuat kue juga sedap lho.
Kali ini suku yang sudah tua dan lembik itu kubuat kue untuk jauadah minum petang tak sangka licin tak ada yang tersisa.

Resepi jemput-jemput sukun
Bahan-bahannya
1 Cawan sukun yang sudah tua dan lembik dilenyek / diblender
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
Jemput-jemput Sukun
3 sdm gula pasir
1 sdt garam
1 biji telur
3/4 cawan air/ boleh ditambah kalau kurang
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya

  1. Campur kesemua bahan hingga rata dan sebati.
  2. Tambah sedikit air , sekiranya adunan terlalu pekat.
  3. Panaskan minyak . Apabila minyak sudah panas, sudukan adunan ke dalam minyak.
  4. Goreng hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...