Isnin, 8 Oktober 2012

Kuih Kaswi.

Sarapan pagi ini kuih kaswi saja, makan beberapa potong sahaja sudah kenyang.Kena pula lebihan tepung semasa raya itu hari ada lagi,Jadi simple saja saya buatkan kuih untuk anak-anak sarapan dan bekal sekolah sedikit.Kuih ini disamping cara pembuatnnya ringkas dan mudah tak memakan waktu yang banyak.
Resepi turun temurun ini sengaja kumasukan dalam blok ini semoga anak-anakku dapat mempelajarinya sedeikit banyak.


Resepi kuih kaswi



Bahan-bahannya:

250 gram tepung gandum
125 gram tepung ubi kayu/ tepung jagung
40 gram gula merah
125gram air
2 helai daun pandan
sedikit kapur masakan
Secubit garam
Kelapa parut putih secukupnya + secubit garam.

Cara memasaknya:

Bancuh tepung gandum dan tepung ubi bersama kapur masakan hingga menjadi adunan yang pekat.
Masak sekejap gula merah bersama daqun pandan , apabila sejuk campurkan kedalam adunan tepung tadi gaul hingga sebati kemudian tapis.Curahkan kedalam loyang lalu kukus hinnga masak. Apabila sejuk potong dan hidangkan bersama kelapa parut putih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...