Jumaat, 5 Ogos 2011

Miuffin Labu.

Labu kuning memang rasanya manis sesuai untuk bahan kue,kek ataupun muffin.kali ini aku menggunakan bahan utama daripada labu kuning ,labu kuning kali ini dibuat muffin sesuai juga untuk juadah berbuka puasa,

Resepi Muffin labu Kuning
Bahan-bahannya
1/2 cawan labu kuning direbus dan dilenyek
1 cawan tepung gandum
3/4 sdk baking powder
1/4 sdk baking soda
1/2 sdk garam
1/4 cawan mentega cair
1/3 cawan gula
2 biji telur
1/2 sdk esen vanila
sedikit coklat cip untuk hiasan

cara memasaknya
1,Panaskan oven.
2,Ayak tepung bersama baking soda,baking powder dan garam.
3.Satukan telur ,mentega ,gula dan labu blend hingga halus.
4.Satukan bahan blend kedalam  adunan tepung ,gaul hingga sebati.
5.Sendukan adunan mufin kedalam cup dan tabur dengan coklat cip.
6.Bakar selama 25 menit atau hingga kekuningan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...