Selasa, 2 Ogos 2011

Kek Durian

Musim durian telah tiba lagi, naik jemu hampir setiap hari makan durian itu hari sudah banyak aku buat tempoyak   dan kali ini aku buat Kek Durian.
Resepi Kek Durian
Bahan-bahannya
250 gram mentega
220 gram gula castor
250 gram isi durian
230 gram tepung naik sendiri
5  biji telur
1/2 sdt soda bicarbonat
1 sdt esen vanila,beberapa titis pewarna kuning.

Cara memasaknya
1.Pukul mentega dan gula hingga kembang,blend isi durian hingga lembut.
2.Campur kedua-dua bahan gaul hingga sebati ,masukan tepung dan soda diayak terlebih dahulu,lalu masukan esen vanila dan pewarna kuning.
3.Sapukan acuan dengan mentega dan bakar selama 30 menit

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...