Musim durian kini tiba harga sangat murah beli satu bakul cuma RM 8.00 sahaja woo..sampai mabuk durian aku dibuatnya, seperti biasa setiap kali musim durian aku mesti kena demam. Tapi kali ini aku sudah tak demam lagi sebab petua orang tua makan durian seberapa banyak boleh asal saja setelah kita makan kita ambil kulit durian taruh air putih masak dalam kulit tadi sambil membaca niat kita. Kali ini durian aku buat tempoyak ,bolehlah untuk memasak gulai asam ataupun sambal banyak lagilah penggunaannya disamping tempoyak kan tahan lama.Nah untuk pencuci mulut selepas makan aku buat puding durian.
Resepi Puding Durian
Bahan-bahannya
800 ml susu cair
200 gram isi durian yang dibuang bijinya
100 gram gula pasir
1 sdt garam
1 1/2 bungkus agar- agar serbuk
1 kuning telur
sedikit pewarna kuning
Cara memasaknya
1.Blender durian dengan sebagian susu sampai halus.
2.Rebus durian,gula pasir,garam ,agar-agar pewarna kuning sampai meletup-letup sambil dikacau rata,
3.Tuang sedikit adunan kedalam kuning telur lalu aduk rata, dan masukan lagi kedalam rebusan puding rebus lagi hingga menddih.
4.Curahkan kedalam loyang dan biarkan sejuk ,baru dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan