Sabtu, 16 Julai 2011

Bingka Kacang Hijau.

Kacang hijau  bukannya untuk msak bubur saja tapi kali ini dipelbagikan menjadi kue yang sangat enak lagi berkhasiat.Dulu semasa kecil ibu selalu merebus kacang hijau manakala sebelum  kacangya kering airnya diambil dulu untuk buat minuman,Kali ini aku ikut cara ibu juga ,Setelah kacang hijau empuk aku blender dijadikan kue.

Resepi Bingka Kacang  Hijau
Bahan-bahan
Bahan A
6 biji telur
125 gram gula pasir
1/2 tin susu pekat
250 gram kacang hijau rebus hingga empuk

Bahan B
5 sdm margarine
200 ml santan pekat
100 ml air daun pandan
150 gram tepung gandum

Cara memasak
1.Blender bahan A   hingga halus,Blend bahan B   hingga halus.
2.Campur bahan  A dan bahan B hingga sebati.
3.Tuang adunan kedalam loyang,bakar hingga kekuningan.
4.Bila sejuk potong nengikut selera.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...