Menu diet tengah hari ini adalah soto campur nasi ala kampung sederhana ringkas dan berkhasiat. Aku masak kali ini licin habis dimakan semasa panas dengan sambal, kena pula dalam cuaca panas ini sangat sesuai. Bagi yang ingin mencoba resepi ini silahkan ya..
bahan-bahannya
10 kaki ayam
2 biji kentang potong empat
1 biji lobak merah potong
2 batang serai dititik
3 helai daun daun salam
4 helai daun limau
1 cm lungkuas dihaluskan
6 ulas bawang merah dihaluskan
4 bawang putih dihaluskan
4 butir buah keras
1 sdm ketumbar sangrai dan haluskan
1/2 sdt jintan manis sangrai haluskan
6 bij lada hitam haluskan
1 cm kunyit haluskan
2 cm halia haluskan
garam secukupnya
serbuk perasa
Air secukupnya
Bahan pelengkap
Soon ,daun bawang bawang goreng tauge,nasi serta sambal.
Cara memasak
1.Rebus kaki ayam hingga sepauh masak ,lalu masukan kesemua rempah dan sebatikan.
2.Masukan ubi kentang dan lobak merah hingga empuk.
3.Perasakan dengan garam dan serbuk perasa,
4,Hidangkan bersama nasi,soon ,tauge daun sup daun bawang serta sambal
1 ulasan:
Yum yum yum. Sedap. Hehe. :))
Catat Ulasan