Khamis, 2 Jun 2011

Menu diet sarapan pagi.

Sarapan pagiku hari ini adalah bubur nasi bercili, dimakan panas-panas baru sedap,manakala minuman pagi adalah teh panas serta pencuci mulutnya adalah pisang.Makanan sederhana tapi berkhasiat.

Bubur nasi ayam bercili

Bahan-bahannya
2 cawan beras
1/2 ekor  ayam rebus dan disiat-siat
3 biji bawang merah dihiris
2 cm bawang putih dihiris
1 cm halia diketuk
1 biji kentang potong dadu
4 biji cili padi diketuk 
sedikit daun ketumbar
Sedikit daun bawang 
Air Sedikit serbuk pati ayam
sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya

Cara penyediaannya
1.Panaskan minyak tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.
2,Kemudian masukan cili padi,halia,beras yang telah dibersihkan dan gaul rata.
3.Masukan air dan masukan air rebusan ayam tadi dan didihkan hingga separuh masak.
4.Masukan kentang,ayam serbuk pati ayam dan garam.
5.Masakan sebentar lagi sebelum mengangkat bubur,Masukan daun ketumbar dan gaulkan ketika menghidang,taburkan dengan sedikit daun bawang dan  bawang goreng.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...